Rakyat Indonesia rata rata kecewa dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, yang memperlekehkan bantuan dari Malaysia sebagai tidak seberapa.
Malaysia antara negara yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Indonesia ketika negara itu berdepan krisis banjir di beberapa kawasan.
Tito membandingkan bantuan yang dihulurkan Malaysia dengan bantuan yang dibekalkan kerajaan negara itu sendiri.
“Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” kata Tito.
Menurutnya lagi, nilai bantuan dari Malaysia hanyalah sekitar RM300,000. Melibatkan bekalan ubat ubatan.
Oleh itu Tito menganggap ianya tidak cukup berbanding dengan bencana yang dihadapi Indonesia. Dia turut memuji kerajaan Indonesia yang mengeluarkan berbilion rupiah, mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis dan agensi berkaitan sejak hari pertama kejadian lagi.
Rata rata netizen dari Indonesia akui malu dengan sikap Tito yang dianggap angkuh dan tidak berterima kasih.
Ada yang mengingatkan bahawa Malaysia itu cuma membantu tak kira apa sahaja nilainya, dan keraajaan Indonesia itu memang sudah tanggungjawab mereka ke atas rakyatnya.

Yang lain meminta maaf di atas sikap sombong dan angkuh menteri mereka.


Seorang lagi menyatakan pandangannya tentang rasa kecewa ke atas menteri Indonesia yang kelihatan lebih mementingkan imej politik berbanding dengan kemanusiaan.
@pojoksatu.id Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian menyatakan bantuan Malaysia kepada korban bencana di Indonesia tidak sebanding dengan bantuan yang disalurkan pemerintah. Pernyataan tersebut menuai sorotan publik, yang menilai bantuan dari negara sahabat merupakan bentuk solidaritas, sementara pemenuhan kebutuhan korban bencana adalah kewajiban negara. Di tengah kondisi warga yang masih kesulitan, publik menekankan bahwa besar anggaran tak berarti jika dampaknya belum dirasakan langsung di lapangan. pojoksatu pojoksatuberita
Ada juga netizen Malaysia yang menyatakan: “Kami di sini pun dalam kesusahan kerana bencana banjir, namun demi saudara kami di Indonesia, kami tetap hulurkan bantuan yang kami mampu.”