Ketika pemimpin mereka berterusan mencari penyelesaian termasuk cadangan menghasilkan tepung lebih banyak untuk memadamkan kebakaran, Malaysia datang menghantar pesawat CL-415MP mereka ke Sumatera.

Pesawat amfibia Bombardier CL-415MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilaporkan kembali menunjukkan kehebatannya dalam operasi memadam kebakaran hutan di Indonesia.

@malaysianupdatenews

Malaysia Sedia Bantu Indonesia, Aset ‘Super Scooper’ Pernah Padam Kebakaran Di Sumatera 📹 izzplanespotter #malaysianupdate #malaysianupdatenews #themalaysianupdate #TMUnews #semasa P/S: Video ini bukan milik TMU. Kredit penuh diberikan kepada pemilik asal. Jika pemilik ingin video ini dipadam, sila hantarkan DM kepada pihak kami dan kami akan menurunkannya dengan segera. Terima kasih.

♬ original sound – JUSTINE – 𝐌𝐫•( 𝙴𝙹𝙰𝚈

Menurut laporan, pesawat canggih tersebut dilihat menjalankan operasi ‘water scooping’ di Sungai Lumpur, Sumatera Selatan, sebelum membawa air ke lokasi kebakaran.

Menariknya, proses menyedut air dari sungai dilaporkan hanya mengambil masa sekitar 12 saat.

Pesawat berkenaan mampu membawa lebih 6,000 liter air dalam satu penerbangan sebelum melakukan ‘water bombing’ ke kawasan yang terbakar.

Keseluruhan perjalanan daripada menyedut air sehingga kembali ke lokasi kebakaran pula dikatakan mengambil masa kira-kira tujuh minit.

Pada peringkat awal operasi, kawasan kebakaran yang menjadi sasaran dilaporkan meliputi kira-kira 20 kilometer persegi di sekitar Sungai Lumpur dan kawasan berhampiran.

 

@ridhila.id

semoga cepat membaik Kalimantan dan negara sekitarnya. #kebakaranhutan #karhutla #malaysia #indonesia #savekalimantan

♬ suara asli – ridhila.id – ridhila.id

Bombardier CL-415MP merupakan varian khas pesawat pemadam kebakaran amfibia CL-415 yang turut mempunyai keupayaan menjalankan misi mencari dan menyelamat serta rondaan maritim.

APMM diketahui mengoperasikan dua buah CL-415MP dengan nombor pendaftaran M71-01 dan M71-02.

Menariknya, pesawat sama pernah digunakan Malaysia untuk membantu Indonesia menangani kebakaran hutan di Sumatera pada 2015.

Dalam operasi tersebut, pesawat CL-415MP ditempatkan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang, bagi membantu memadam kebakaran hutan dan tanah yang melanda kawasan berkenaan.

Di media sosial rata-rata rakyat Indonesia mengagumi kecanggihan pesawat tersebut.

Rakyat Indonesia Kagum Dan Berterima Kasih, Pesawat Bormbardier Malaysia Ambil Masa 12 Saat Angkut Air Terus Dari Sungai Untuk Padam Kebakaran

Pada masa yang sama mempersoalkan di mana dana kerajaan Indonesia? Kenapa tidak membeli pesawat seperti itu untuk kegunaan memadamkan kebakaran hutan.

Hal ini kerana, isu kebakaran hutan ini benda yang sangat biasa di negara itu.

Ada juga yang mengingatkan bahawa Malaysia memang jauh lebih baik dalam berdepan dengan situasi bencana seperti itu.

Rakyat Indonesia Kagum Dan Berterima Kasih, Pesawat Bormbardier Malaysia Ambil Masa 12 Saat Angkut Air Terus Dari Sungai Untuk Padam Kebakaran