Ketika ditanya negara manakah yang beliau mahu elak untuk melancong, seorang lelaki dengan tenang menjawab Malaysia. Alasanya? Kerana makanan di negara ini tidak sedap.

Begitulah yang dikatakan oleh seorang lelaki selepas disoal negara mana yang mereka akan elak untuk datang melancong.

Baca Juga:

Hampir sebahagian daripada mereka yang ditemuramah menjawab bahawa Rusia dan Ukraine adalah antara negara yang mereka akan elak untuk bertandang.

Namun seorang lelaki menarik perhatian apabila dia akan mengelak untuk melancong ke Malaysia kerana makanan di sini tidak sedap.

Video berdurasi pendek itu telah dimuat naik oleh netizen Malaysia yang ternyata kurang senang dengan komen lelaki terbabit.

Melalui bahasa yang digunakan, difahamkan bahawa video itu telah dirakam di Jepun.

Video pendek tersebut menerima kecaman dari netizen yang tidak boleh menerima komen lelaki tersebut.