“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” seperti peribahasa yang kita pelajari sejak di bangku sekolah lagi di mana setiap individu perlu menjaga adab apabila berada di tempat orang.

Baru-baru ini tular, satu sedutan rakaman berita tempatan di Jepun yang sedang melaporkan tentang isu vandalisme yang serius di tempat tarikan pelancong iaitu Hutan Buluh Arashiyama di Kyoto.

Difahamkan perbuatan menconteng atau mengukir nama/tanda pada batang buluh, terutamanya di Hutan Buluh Arashiyama di Kyoto atau kawasan buluh lain yang terkenal sebagai tempat pelancongan di Jepun.

Perbuatan vandalisme sebegini sering dilaporkan di media setiap kali ia berlaku, dan ia melibatkan pelancong dari pelbagai negara, namun kali ini termasuk Malaysia.

Kerosakan Grafiti di Hutan Buluh Arashiyama

Arashiyama di Kyoto, yang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Jepun dan menjadi lokasi kepada “Bamboo Grove Path” (Laluan Hutan Buluh) yang ikonik, kini sedang menghadapi masalah serius akibat peningkatan aktiviti grafiti.

Rakyat Malaysia Antara Pelancong Lakukan Vandalisme Di Hutan Buluh Arashiyama, Jepun
Sumber Gambar: Threads

Kerosakan yang dilakukan oleh contengan dan ukiran pada pokok buluh adalah parah, dengan kecederaan telah disahkan pada lebih 350 batang buluh.

Rakyat Malaysia Antara Pelancong Lakukan Vandalisme Di Hutan Buluh Arashiyama, Jepun
Sumber Gambar: Threads

Apabila kerosakan kecil turut dikira, skala kemudaratan yang disebabkan kepada hutan buluh tersebut adalah tidak terukur.

Pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan drastik dengan mengutamakan penebangan buluh yang telah dilemahkan secara mendalam oleh calar untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut.

Di dalam video yang dikongsikan, kelihatan sejumlah batang buluh yang telah dirosakkan dengan ukiran atau contengan yang telah mencacat pemandangan yang suatu ketika dahulu sangat cantik.

Rakyat Malaysia Antara Pelancong Lakukan Vandalisme Di Hutan Buluh Arashiyama, Jepun
Sumber Gambar: Threads

Salah satu yang menarik perhatian adalah satu abjad ‘M’ yang diukir pada batang tersebut dan disyaki berkait dengan negara Malaysia dan pihak pemberita turut ada menyebut nama Malaysia di dalam laporan tersebut.

Boleh tonton video penuh di pautan ini.

Netizen dari Jepun terkejut

Di dalam hantaran yang tular, seorang rakyat dari Jepun sendiri sangat kecewa dengan fenomena ini dan sangat terkejut mengetahui rakyat Malaysia juga sebahagian daripada pelaku vandalisme terbabit.

“Sangat menyedihkan melihat kampung halaman saya kelihatan seperti tempat sampah sekarang. Saya harap mereka akan TUTUP beberapa kawasan lagi.

Wah, malah ada rakyat Malaysia! Itulah sebabnya ia adalah M? Bagaimana jika kita melakukan sesuatu seperti itu di negara anda? Saya pasti anda akan sangat marah!,” responnya.

Netizen tempatan langsung memohon maaf dan turut mengecam tindakan segelintir pelancong Malaysia yang tidak menjaga adab serta mematuhi undang-undang yang akhirnya menjejaskan nama negara di mata dunia secara tidak langsung.