Kos hidup yang semakin meningkat tidak menghalang rakyat Malaysia, terutama golongan millennials untuk menghabiskan duit untuk secawan kopi.

Menurut Alvin Vong, CEO EquitiesTracker, jika anda sanggup habiskan antara RM70 hingga RM100 seminggu hanya untuk kopi, maka tak hairanlah kenapa Zus Coffee, jenama kopi Malaysia berjaya mencatatkan pendapatan sebanyak RM204.12 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2023 (FY2023).

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Angka ini melonjak dari hanya RM15.68 juta pada 2021, menunjukkan trend minum kopi di Malaysia memang luar biasa.

Golongan millenials menyumbang angka yang besar di mana laporan Malaysia Coffee Association (MCA) pada 2023 menyatakan bahawa sebanyak 85% minum kopi sekurang-kurangnya sekali sehari.

Ini menjelaskan kenapa kedai kopi makin bertambah.

Sama ada anda gemar kopi dari Starbucks, Zus Coffee, atau kedai dengan konsep lain da, kita semua sedia maklum bahawa kos untuk minuman seperti ini tidak murah.

Bayangkan kalau anda belanja RM10 sehari untuk kopi, jumlah ini akan mencecah RM300 sebulan.

Dalam setahun dah jadi RM3,600, jumlah yang boleh dikatakan besar jika dilaburkan atau disimpan untuk masa depan.

Seperti yang disebut oleh Alvin Wong,  jika anda melabur RM300 setiap bulan dengan pulangan 6% setahun selama 10 tahun, anda mungkin dapat mengumpul hampir RM48,742.

Itu hampir cukup untuk bayaran muka 10% sebuah rumah bernilai RM500,000.

Malah, trend minum teh juga bukan sesuatu yang murah.

Alvin memberikan contoh jenama teh premium seperti CHAGEE menawarkan minuman berharga hampir RM14.90 secawan, lebih mahal daripada harga sepinggan nasi campur.

Kalau anda beli satu cawan setiap dua hari, anda akan habiskan RM223.50 sebulan hanya untuk teh.

“Walaupun kos sara hidup semakin naik, orang ramai masih tak boleh hidup tanpa minuman pagi dan petang mereka,” kata satu laporan oleh The Star.

Malah, pemerhati industri melihat peningkatan kemasukan rangkaian kopi ke Malaysia sebagai tanda bahawa corak penggunaan kopi dalam negara kekal sihat, sekalipun dalam suasana ekonomi yang mencabar.