The Fantastic Four: First Steps diarahkan oleh Matt Shakman dan merupakan salah satu projek MCU yang paling dinanti-nantikan oleh peminat.

Namun apa yang menarik apabila seorang rakyat Malaysia sebenarnya bukan sahaja menjadi sebahagian krew pembikinan filem francais terunggul malah terpapar dalam saat kredit filem disiarkan.

Dalam sebuah hantaran di Threads, Ahmad Hamidullah berkongsi rasa syukurnya kerana namanya turut terpapar dalam kredit filem Fantastic Four yang akan datang. Perkara ini menjadi satu pencapaian peribadi yang membanggakan buatnya.

Beliau turut berkongsi bahawa ini bukanlah kali pertama dia terlibat dalam produksi filem Marvel, tetapi pengiktirafan kali ini sangat bermakna kerana namanya terpapar secara jelas selepas tamat tayangan filem.

“Alhamdulillah. Setahun lagi, filem Marvel yang lain. Kali ini dapat kredit dalam Fantastic 4,” tulisnya.

Melalui tinjauan di bahagian komen, Ahmad mendedahkan dia terlibat dalam bahagian pasca-produksi (post-production) filem Fantastic Four. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa beliau juga pernah bekerjasama dalam beberapa filem dan rancangan TV lain terbitan Marvel sebelum ini.

“Ya, post production. A couple of movies and tv series, Aku specific buat texture. KL team mainly handle 3D asset.

“Untuk Fantastic 4 ni mainly scene untuk Moleman, Subteranea. Bas retro, underground scene tu banyak kitorang buat.

“Nama company ada dekat gambar tu. Base FX. Ada kesempatan nanti insyaAllah saya share,” jelasnya.

Tahniah diucapkan buat beliau kerana berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa secara tidak langsung melihatkan kemampuan anak muda tempatan sudah mencapai tahap Hollywod.