Seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai penghantar makanan di Singapura berharap dapat mengubah pemikiran orang ramai tentang pekerjaan itu apabila berkongsi tips bagaimana beliau mampu menjana pendapatan sebanyak S$865.32  atau RM2,800 dalam masa dua hari.

Beliau yang dikenali sebagai Billy Cane telah memuat naik satu catatan di Facebook mengenai pekerjaan beliau sebagai penghantar makanan untuk foodpanda di Singapura dan dengan jujur menyatakan rasa bangga beliau dengan pekerajaan ini dengan tujuan dapat mengubah pandangan orang ramai.

Baca Juga:

Dalam catatannya di Facebook, Billy berkongsi bahawa dia memperoleh S$865.32 dalam tempoh dua hari – 10 Disember dan 11 Disember, iaitu hari Sabtu dan Ahad, di mana purata sebanyak S$432.66 sehari yang diperoleh olehnya.

Billy turut menjawab bahawa perkongsian beliau ini bukan untuk bermegah dan beliau hanya mahu berkongsi selepas ramai rakan beliau yang bertanyakan bagaimana dia berjaya menghasilkan pendapatan sebulan gaji di Malaysia.

Di dalam catatanya, Billy menjelaskan bahawa dia menerima S$580.31 untuk 70 pesanan yang disiapkannya pada hujung minggu dan tambahan S$118 dalam insentif kerana menyiapkan 60 pesanan. Beliau turut memperoleh tip sebanyak S$17 dan bayaran istimewa “we miss you” sebanyak S$150 daripada foodpanda.

Sebagai jawapan kepada salah satu pertanyaan oleh netizen, beliau menjawab bahawa bayaran khas S$150 akan diberikan pada masa-masa tertentu oleh FoodPanda.

Dalam satu perkongsian lain pada bulan Disember dan September 2022, Billy menunjukkan bahawa dia telah menerima bayaran istimewa “we miss you” ini lebih daripada sekali.

Untuk 11 Dis sahaja, dia bekerja lebih 12 jam, dari 8 pagi hingga hampir 9 malam, untuk menyiapkan 36 pesanan.

Bagi kenderaan pula, terdapat dua kriteria yang perlu dipenuhi iaitu individu terbabit perlu memandu kereta berdaftar dengan kerajaan Singapura atau individu terbabit adalah warganegara Singapura atau pemastautin tetap di negara terbabit.

Mereka yang tidak mempunyai kereta berdaftar Singapura masih boleh melakukan penghantaran makanan sama ada dengan basikal atau berjalan kaki, tetapi pendapatannya tidaklah begitu lumayan.

Billy berkata bahawa mula bekerja sebagai penghantar makanan dengan menggunakan basikal sebelum beralih ke kereta. Dia menambah bahawa dia membayar sebanyak S$2 untuk tempat letak kereta dan menggunakan sejumlah 50l petrol, termasuk dua perjalanan pergi dan balik antara Johor Bahru dan Singapura.