Hujung minggu lalu, cawangan IKEA di Singapura sesak selepas kerajaan mengumumkan penutupan sekolah serta tempat kerja yang tidak penting (non-essential) bermula esok (Selasa) selama sebulan bagi membendung penularan COVID-19 di Singapura.
IKEA merupakan antara perniagaan di bawah kategori tidak penting ini dan disebabkan panik, penduduk Singapura membanjiri IKEA sejak Sabtu yang lalu. Walaupun mereka beratur dengan teratur dalam barisan, namun ada yang tetap membawa anak kecil untuk sama-sama ke IKEA.
Tidak lupa juga ada netizen Singapura yang menyindir sikap rakyat Singapura sendiri yang pentingkan diri sendiri dengan berkumpul di tempat terbuka sekaligus tidak memahami mengapa perintah penutupan dikeluarkan.
Now we know what items are essential to Singaporeans – Sofas and meatballs. #Singapore #Ikea #Covid19 #b4Lockdown #FirstWorldProblems pic.twitter.com/Is4t35CTuw
— All Singapore Stuff (@allsgstuff) April 5, 2020
https://twitter.com/PanicatTesco/status/1246791358024572929
Singapura setakat Ahad telah merekodkan 1,309 kes dengan 6 kematian. Seperti juga di Malaysia, pasar raya yang menjual barangan keperluan seperti bahan mentah tidak akan ditutup.
IKEA Singapura juga tidak menyediakan servis penghantaran makanan sepanjang ditutup selama sebulan dan mungkin kerana sebab ini, rakyat Singapura berpusu-pusu ke IKEA untuk makan meatballs buat kali ‘yang terakhir’ sebelum ia ditutup.
Berikut adalah beberapa artikel lain berkaitan COVID-19. Baca pada pautan di bawah.
Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’
Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’
Benarkah Vladimir Putin Guna Singa Bantu ‘Lockdown’ COVID-19 Di Rusia?