Ramai rakyat Singapura suka berbelanja di Malaysia kerana perbezaan kadar pertukaran mata wang yang sangat menguntungkan mereka.

Hal ini membolehkan mereka menikmati gaya hidup yang lebih mewah atau menjimatkan lebih banyak tanpa mengurangkan kualiti barangan atau perkhidmatan yang diperolehi di Malaysia.

Baca Juga:

Bagaimanapun pandangan itu mendapat respon yang berbeza daripada seorang tokoh usahawan Singapura, Tan Kian Liah.

Beliau berpendapat walaupun boleh ‘berbelanja besar’ di Malaysia, namun mereka perlu berbelanja lebih banyak lagi untuk mendapatkan keperluan asas di negara sendiri.

'Ramai Rakyat Singapura Rasa Kaya Berbelanja Di Malaysia, Realitinya Sesak Di Negara Sendiri'
Sumber Gambar: Travel of Path

“Ramai rakyat Singapura beranggapan bahawa mereka lebih baik daripada rakyat Malaysia kerana mereka mendapat — contohnya SGD3,000 manakala rakyat Malaysia hanya memperoleh RM3,000, sedangkan nilai SGD adalah lebih tiga kali ganda daripada ringgit Malaysia.

“Mereka terlepas pandang satu perkara penting — kos perumahan dan kereta persendirian di Singapura adalah sangat tinggi. Pendapatan boleh guna untuk makanan mungkin hanya sekitar 20% atau kira-kira SGD600 sahaja,” kata Tan.

Kos keperluan asas di Malaysia jauh lebih murah daripada Singapura
'Ramai Rakyat Singapura Rasa Kaya Berbelanja Di Malaysia, Realitinya Sesak Di Negara Sendiri'
Sumber Gambar: Business Insider

Jelasnya lagi, kos perumahan dan kereta persendirian di Malaysia adalah jauh lebih rendah, yang bermakna rakyat Malaysia mempunyai pendapatan boleh guna yang lebih tinggi untuk perbelanjaan makanan.

Beliau membuat anggaran peratusannya pendapatan boleh guna boleh mencecah sehingga 40%.

“Satu lagi faktor ialah makanan yang sama berharga RM12 di Malaysia tidak semestinya berharga SGD3.50 di Singapura, tetapi mungkin mencecah SGD8.

“Setelah mengambil kira pendapatan boleh guna yang lebih rendah, rakyat Singapura mungkin menghadapi kesukaran untuk menampung kos makanan, sama seperti rakyat Malaysia yang bergelut dengan kenaikan harga barangan — ini ialah pemerhatian saya. Mungkin saya silap,” terang Tan.

'Ramai Rakyat Singapura Rasa Kaya Berbelanja Di Malaysia, Realitinya Sesak Di Negara Sendiri'
Sumber Gambar: Globetrotter

Tan Kian Liah seorang tokoh perniagaan dan aktivis sosial dari Singapura, terkenal sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Income, sebuah koperasi insurans yang beliau pimpin selama 30 tahun dari 1977 hingga 2007.

Di bawah kepimpinannya, aset syarikat meningkat daripada SGD28 juta (RM98 juta) kepada lebih SGD17 bilion (RM59.5 bilion), dengan lebih sejuta pemegang polisi.