Pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun hari ini merayu rakyat Malaysia menghentikan pemboikotan Starbucks Malaysia, dengan alasan ia hanya merugikan rakyat Malaysia, lapor New Straits Times.

“Saya rasa semua mereka yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80-85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot ini tidak menguntungkan sesiapa,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Tan berkata bagaimanapun keadaan itu nampaknya telah berubah kerana mereka melihat sedikit peningkatan dalam jualan.

Beliau menjangkakan suku ketiga tahun kewangan 2024 akan menunjukkan peningkatan dalam jualan.

Terdahulu, bagi suku kedua TK24, Berjaya Food Bhd melaporkan penurunan pendapatan suku-ke-suku tahun sebanyak 35 peratus kepada RM183 dan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.

“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia, ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika,” tambahnya.

Vincent Tan berada di Okinawa untuk majlis pecah tanah Four Seasons Resort & Private Residences

Sumber