Bulan Februari ini memang bulan yang istimewa kerana bukan sahaja bulan penuh dengan cinta tetapi penuh dengan tawaran promosi. Sebut sahaja kopi di’brew’ terbaik pasti anda sudah terbayang Starbucks, bukan?

Starbucks Malaysia menawarkan promosi beli 1 minuman handcrafted dan minuman kedua berharga RM2.90 sahaja. Promosi ini akan berlangsung pada 29 Februari 2020 ini pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari sahaja.

Starbucks-29-Feb

Mudah sahaja untuk tebus promosi ini, anda beli 1 minuman handcrafted bersaiz venti dan hanya perlu bayar RM2.90 untuk minuman kedua. Mudah, bukan? Promosi ini boleh ditebus di semua cawangan Starbucks kecuali di Sunway Lagoon, Genting Highlands dan lapangan terbang.

Akan tetapi, promosi ini hanya sah untuk anda yang lahir pada tarikh 29 hari bulan Januari hingga Disember. Apa tunggu lagi, cari rakan anda yang lahir pada tarikh 29 hari bulan dan nikmati bersama mereka!

Tidak tahu ingin cuba minuman apa di Starbucks? Kami senaraikan beberapa minuman yang anda boleh cuba pada pautan di bawah ini.

Starbucks Perkenalkan Semula Minuman Istimewa Kegemaran Ramai

Starbucks Perkenalkan Semula Minuman Unik ‘Pumpkin Spice Latte’

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia

Sumber