Sempena ulangtahun ke-50, KFC Malaysia tampil dengan promosi hebat untuk pelanggan setianya iaitu 2 set Snack Plate hanya berharga RM22 sahaja.
Untuk pengetahuan anda, promosi ini akan ditawarkan selama 3 hari mulai esok sehingga 21 September 2023 dan hanya sah untuk pembelian secara walk-in serta ‘KFC Self Collect’ sahaja bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Baca Juga:
- Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil
- Anak Saudara Kolonel Sanders Bocorkan Resepi Rahsia 11 Rempah Ayam Goreng KFC
- Persis Makan Di Restoran Mewah, Netizen Terkejut Lihat Cara Layanan Di KFC Pada Tahun 1980an
Setiap pelanggan hanya dibenarkan membuat 3 kali penebusan sahaja dan dalam satu transaksi. Promosi ini boleh ditebus di kesemua cawangan kecuali Genting Highlands, lapangan terbang dan juga Mall of Medini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang KFC Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut promosi menarik dari KFC Malaysia ini.