Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah masa untuk berkongsi rezeki, menyemarakkan kasih sayang dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
Namun, untuk mencapai ketenangan batin dan kekhusyukan dalam ibadah, persekitaran yang bersih dan selesa memainkan peranan yang penting.
Menyedari kepentingan ini, Clorox Malaysia dengan kolaborasi bersama OHBULAN! telah mengadakan satu inisiatif istimewa di bawah segmen OH Kasih, bertemakan ‘Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox’, bertempat di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah, Semenyih.
Bagi penghuni di sini, kebersihan bukan hanya keperluan harian, tetapi kunci kepada ketenangan hati — membolehkan mereka menunaikan ibadah dalam keadaan yang selesa, dan memberi ruang untuk muhasabah dan refleksi yang lebih bermakna.
Dalam suasana penuh keikhlasan, seramai 30 sukarelawan dari Clorox Malaysia dan OHBULAN! berganding bahu menjalankan gotong-royong membersihkan ruang kediaman, bilik tidur, tandas, ruang makan, dapur dan kawasan luar menggunakan rangkaian produk Clorox termasuk Clorox Bleach, Clorox Disinfecting Floor Cleaner, Clorox Trigger Spray, Clorox Toilet Bowl Cleaner dan Clorox Disinfecting Wipes.
Hasil usaha bersama ini tidak hanya meninggalkan ruang yang bersih dan segar, tetapi juga menghadirkan suasana damai yang menyentuh hati.
Lebih daripada membersihkan ruang, pasukan sukarelawan turut meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa dengan penghuni pusat jagaan. Dalam perbualan yang sederhana tetapi penuh makna, mereka berkongsi erti Ramadan dan Syawal buat mereka.
“Ramadan ni satu yang sangat bermakna, bulan untuk beribadah dan bersyukur. Raya pula masa untuk meraikan dan bergembira,” kongsi salah seorang penghuni.
Bagi mereka, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang mensucikan hati dan menyebarkan kebaikan. Malah, mereka juga menekankan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada ibadah.
“Ruang yang bersih membantu kami untuk lebih khusyuk berdoa dan merasa tenang,” kongsi penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dengan senyuman yang penuh syukur.
Hilda Zulkiflee, Pengurus Kanan Clorox Asia Tenggara, turut hadir pada hari yang penuh kemanusiaan ini. Dalam ucapannya, beliau berkata:
“Kami di Clorox percaya, ruang yang bersih bukan hanya memberi keselesaan secara fizikal, tetapi juga membentuk persekitaran yang menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, kebersihan membolehkan seseorang mendalami fokus kepada ibadah dan refleksi diri.
Kami bersyukur dapat memainkan peranan kecil dalam memberikan bukan sahaja keselesaan, tetapi juga ketenangan dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap usaha kecil ini membawa keberkatan di bulan mulia ini.”
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah, Encik Azlan, melahirkan rasa terharu dengan usaha ini, “Warga emas di sini mungkin jauh dari keluarga, tetapi kehadiran Clorox dan OHBULAN! hari ini bagaikan keluarga yang datang menyantuni mereka.
Bukan sekadar membersihkan rumah, tetapi membersihkan rasa sepi di hati. Terima kasih kerana memahami bahawa untuk mereka menikmati Ramadan dengan sempurna, ruang bersih yang tenang amat penting untuk mereka beribadah.”
Turut berkongsi pandangan, Ketua Bahagian Kandungan Video OHBULAN!, Ash Nordin berkata, “Kami percaya Ramadan bukan sahaja tentang berbuka dan bersahur, tetapi juga tentang memberi, berkongsi, dan menyentuh hati. Bersama Clorox, kami berpeluang menyumbang tenaga dalam memastikan ruang yang bersih ini menjadi permulaan kepada hati yang lebih lapang dan tenang buat warga emas di sini.”
Program ini diakhiri dengan sumbangan barangan keperluan kebersihan Clorox untuk kegunaan pusat jagaan, termasuk Clorox Bleach, Clorox Disinfecting Floor Cleaner, Clorox Trigger Spray, Clorox Toilet Bowl Cleaner dan Clorox Disinfecting Wipes, bagi membantu mereka mengekalkan kebersihan jangka panjang.
Sesungguhnya, kebersihan luaran membantu membina ketenangan dalaman. Ruang yang bersih membolehkan fikiran fokus, ibadah menjadi lebih khusyuk dan hati lebih ikhlas dalam mencari keberkatan Ramadan.
Terima kasih kepada Clorox kerana membawa bukan sahaja kebersihan, tetapi juga membawa sinar kebahagiaan dan ketenangan kepada mereka yang memerlukan. Ramadan kali ini sememangnya lebih bersih & cukup bermakna bersama Clorox buat Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.