Semalam, seluruh rakyat Malaysia telah terhibur dengan hantaran jenaka Syed Saddiq yang berkongsi dua keping gambar Tun M yang mana didakwa menjadi rahsia terbesar untuk kekal sihat dan relaks dikala menghadapi suasana genting di Parlimen.
Menerusi gambar yang dikongsikan, kelihatan tokoh negarawan kita sedang menonton video kompilasi si bulus yang comel di YouTube.

Bagaimana, sekeping gambar lain menjadi perhatian di media sosial kerana beliau bukan sahaja melihat video tersebut tetapi juga sepertinya sedang membuat ‘coding’ kerana kewujudan sejumlah barisan ayat pengatur cara yang dibukanya pada sisi kanan skrin.
Oleh itu, ramai yang meluahkan rasa kagum kerana mendakwa Tun M mampu melakukan coding sambil menonton hiburan walaupun di usia senja yang mana orang biasa pun tidak mampu berbuat sedemikian.



Namun, adakah bahawa Tun M sedang ‘coding’ itu betul atau mungkin tersalah faham sahaja kerana kurang mengetahui asas dunia pengkomputeran?

Berdasarkan pemerhatian orang yang celik IT, apa yang terpapar seakan coding pada gambar itu hanyalah inspect tool yang mana boleh diakses oleh semua orang. Untuk mengaksesnya, Klik kanan di mana-mana bahagian laman web, pilih “Inspect” atau tekan Ctrl + Shift + I (Windows) atau Cmd + Option + I (Mac).
Di dalam inspect tool, anda bakal dipaparkan dengan sejumlah ayat pengaturcaraan berkenaan struktur laman web seperti elemen, fail gambar dan banyak lagi secara langsung.
Dan selalunya, kita akan tertekan secara tidak sengaja sewaktu melayari sesebuah laman web atau mahu keluar dari mod skrin penuh tetapi tertekan butang shortcut F12.
Oleh itu, sebahagian individu percaya Tun M mungkin secara tidak sengaja telah terbuka inspect tool di dalam gambar itu. Jadi, terungkai sudah kebenaran sama ada Tun M sedang coding atau pun tidak.