Setiap pemilik kereta pasti mahu kereta masing-masing berbau wangi setiap kali masuk ke dalam kenderaan. Bagaimanapun seorang pemilik trak pikap terkejut apabila cat pada keretanya pudar dan melepuh selepas cecair dalam sebuah tin pewangi viral tertumpah di atas bahagian tepi pintu dan skirting kereta.

“Kereta baru saja lepas spray, bukan guna clearcoat biasa yang murah. Tapi ‘Glasurit’ punya clearcoat. Benda ini kena dekat permukaan, terus bertindak balas.

Baca Juga:

“Tak sempat saya nak ambil kain untuk lap, habis cair dan melepuh permukaan,” petik perkongsian TikTok @khairul.kbw.

@khairul.kbw

WANGIAN YANG MENGHANCURKAN‼️ Cerita dia macam ni. Aku letak 1 tin perfume kereta tepi pintu. Aku nak ambil barang, tertarik perfume kereta tu lepas tu tumpah. Kena bahagian tepi pintu dan bahgian skirting. JAHANAM! habis cat kereta. Kereta baru je lepas spray. Spray pulak bukan guna clearcoat biasa yg murah. Glasurit punya clearcoat. Habis melepuh. Korang tengok la sendiri macam mana kesan dia. Benda ni kena dekat surface terus bertindak balas, xsempat aku nak ambik kain utk lap. Abis cair dan melepuh. Jadi korang boleh bayangkan x dia punya sifat menghakis tu. Apa kandungan yg dia guna tak tahu la. Boleh jadi peringatan untuk semua. Kita hidu wangian yg bahaya dalam kereta hari². Lagi² bahaya kalau ada ank kecik. So, kes aku ni,Peringatan utk org supaya tak terkana dah lah saller jual promote cakap minyK wangi kereta.ramai komen brg ni tak jual di luar

♬ suara asli – official_cabull – official_cabull

Perkongsian video TikTok itu telah menarik perhatian netizen. Ramai yang mendakwa turut ‘terkena’ dengan situasi pemilik trak pikap tersebut.

Bagaimanapun, menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet lain, rupa-rupanya pewangi tersebut bukanlah produk untuk digunakan dalam kereta dan tidak dijual secara terbuka.

Menerusi laman web jenama pewangi tersebut, difahamkan ia khas untuk kegunaan bagi sektor komersial, peruncitan, perhotelan, pejabat dan kilang.

Bukan Untuk Letak Dalam Kereta, Pewangi Viral Ini Tak Boleh Dijual Secara Terbuka?
Sumber Gambar: TikTok @khairul.kbw
Sumber Gambar: TikTok @khairul.kbw
Sumber Gambar: TikTok @khairul.kbw
Sumber Gambar: TikTok @khairul.kbw
Sumber Gambar: TikTok @khairul.kbw

Perkongsian video itu juga telah membuka mata orang ramai bahawa produk tersebut boleh dikategorikan sebagai ‘barangan kawalan’ khas untuk premis perniagaan sahaja.

Sehubungan itu, orang ramai meminta pihak syarikat pewangi tersebut untuk membuat pencerahan dan penjelasan mengenai cara penjualan produk berkenaan.

Netizen juga mahu mendapat kepastian sama ada produk pewangi viral yang dijual berleluasa di pelbagai platform media sosial dan platform jual beli online adalah original atau tiruan.

Difahamkan pemilik trak pikap membeli pewangi viral itu pada harga RM70.

Sumber Gambar: TikTok @khairul.kbw