Salah satu perkara yang ‘menyatukan’ sesuatu negara, semestinyalah berkait dengan makanan.
Baru-baru ini makanan viral terkenal di Pulau Pinang, Roti Awan telah mendapat perhatian warga Singapura sempena bulan Ramadan ini.
Baca Juga:
- Wanita Yahudi Yakin Boleh Buatkan Umat Islam Batal Puasa Dengan ‘Post’ Gambar Makanan Sepanjang Ramadan
- Bawa Balik 28kg! Minah Saleh Borong Makanan Malaysia Sampai Penuh Bagasi
- Walaupun Tak Cukup, Penghantar Makanan Tetap Guna Semua Gaji Untuk Hantar Budak Istimewa Hilang Balik Rumah
Menerusi hantaran Instagram Roti Awan, kesemua roti habis terjual awal sehingga ramai yang hampa tidak dapat membelinya.
@rotiwappg ðŸ˜orang singapore kenapa buat kami nangis niðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ #rotiawanpenang #singaporefoodie #geylangserai
“Alhamdulillah dua hari berterusan Roti Awan sold out awal! Maaf sesiapa yang datang tapi tak dapat beli , kita jumpa hari ini ya. Kami sangat terharu dengan sambutan warga Singapura,” kata mereka.
Difahamkan amai yang sudah beratur panjang, namun mereka tidak dapat membeli kerana sudah habis terjual awal.
Oleh sebab itu warga Singapura yang ingin mencuba makanan tersebut diminta untuk tidak give up dan datang beratur awal.
Ramai warga Singapura sokong Roti Awan

Pada masa ramai warga Singapura menunjukkan sokongan tidak berbelah-bagi kepada jenama makanan yang terkenal dari Pulau Pinang itu.
“Gerek seh! Tapi masuk barisan saja, terus sold out,” – TikTok @budaknakal16
“Kita orang Singapura akan support sampai bila-bila dan dimurahkan rezeki ya. Semoga bisnes akan berterusan,” – TikTok @userpakaispender
“Saya ada semalam tapi barisannya terlalu panjang. Saya akan datang lagi lebih awal. Mesti nak kena cuba ini. Apa-apa pun terus maju,” – TikTok @airaaqaisara20
“Alhamdulillah dapat sambutan yang baik dari orang Singapura. Semoga rezeki yang dipeolehi memberi kebaikan,” – TikTok @syzygium_ngadimanianum

Roti Awan dijual melalui jenama tempatan negara itu, Caffoam.sg yang menghubungkan pelbagai citarasa global dengan sentuhan tempatan.
Makanan viral itu sedang dijual di Bazar Raya Geylang Serai sepanjang bulan Ramadan ini.
