Baru-baru ini tular di Facebook mengenai seorang ahli politik Singapura yang memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan Anwar sebagai antara Perdana Menteri paling terbaik yang Malaysia pernah ada sejak sekian lama.

Menerusi laman Facebook Derrick Sim, beliau turut menarik perhatian mengenai pengukuhan mata wang Ringgit Malaysia baru-baru ini.

Menurut Derrick, nilai Dolar Singapura yang berada pada kadar RM3.18 sekitar dua minggu lalu, kini telah turun kepada RM3.15.

Ahli Politik Singapura Label Anwar PM Terbaik, Ramal Ringgit Berpotensi Cecah Bawah RM3.00
Sumber Gambar: FB Derrick Sim

Beliau menyifatkan perkembangan positif ini sebagai bukti kepimpinan berkesan di bawah pentadbiran Anwar.

Malah, Derrick Sim sempat berseloroh jika pengukuhan nilai matawang Malaysia terus konsisten akan memberi kesan kepada rakyat Singapura yang di kemudian hari kerana hanya mampu membeli roti canai kosong sahaja di Malaysia dan balik tanpa shopping.

Tambahnya lagi, majoriti di antara mereka sangat teliti dengan bajet apabila mahu membelanjakan sesuatu.

Oleh itu, wujud satu permintaan yang mana mahu PM Anwar Ibrahim untuk relaks sebentar dan tidak bekerja kuat susulan prestasi nilai matawang Ringgit Malaysia yang semakin bagus.

“Relaks dulu PM. Yang penting, biar lambat asal selamat.”

Di ruangan komentar, dia menjelaskan mengapa timbul kerisauan akan prestasi pelaburan Malaysia yang semakin berkembang pesat sekaligus mempamerkan pertumbuhan ekonomi namun tak banyak media yang menghebahkannya.

” Walaupun jarang didedahkan media arus perdana, ekonomi Malaysia sebenarnya sedang melonjak dengan kenaikan pelaburan asing (FDI) sebanyak 47% tahun ini, melibatkan dana berbilion ringgit.

“Malaysia kini menjadi pilihan utama syarikat gergasi dunia yang mahu memindahkan operasi dari China kerana faktor kos yang lebih rendah berbanding Singapura, namun jauh lebih stabil dan cekap berbanding Vietnam.

“Dengan ekosistem semikonduktor yang sedia kukuh, Malaysia kini berada di kedudukan paling strategik untuk menguasai ekonomi serantau.

“Jika arah tuju polisi kerajaan terus konsisten, nilai Ringgit dijangka akan semakin mengukuh terhadap Dolar Singapura.

“Tidak mustahil kadar pertukaran akan mencecah paras RM3.0X atau jatuh di bawah paras psikologi RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.

“Sejarah membuktikan kadar pertukaran mata wang tidak pernah statik, dan dengan asas ekonomi yang semakin mantap, Ringgit kini sedang menuju ke era pengukuhan yang lebih besar,” tulisnya dengan spesifik.