Ramkhamhaeng mungkin tidak begitu popular seperti Pattani, Hat Yai atau Yala, jika kita bercakap tentang makanan halal di negara Thailand.

Hal ini kerana tiga lokasi dinyatakan tersebut amat terkenal sebagai kawasan dengan komuniti Muslim yang cukup besar.

Baca Juga:

Namun, itu tidak bermakna Ramkhamhaeng tidak mempunyai pilihan makanan halal yang menarik sekiranya anda ke sana.

Walaupun tidak begitu dikenali, kawasan ini sebenarnya merupakan antara lokasi di Bangkok yang mempunyai populasi Muslim yang agak signifikan.

Ia berikutan kehadiran pelajar dan penduduk dari wilayah selatan Thailand serta komuniti Islam tempatan yang menetap di sekitar Ramkamhaeng.

Untuk lebih memberikan pemahaman buat anda, Ramkhamhaeng merupakan kawasan dimana terletaknya Stadium Nasional Rajamangala.

Stadium lama dan cukup besar yang pernah menggembirakan penyokong setia bola sepak Malaysia ketika separuh akhir Piala AFF 2018 dimana sepakan penalti Adisak Kraisorn pada masa kecederaan melambung tinggi.

Tetapi bukan bola sepak yang menjadi tumpuan artikel kali ini, sebaliknya Ramkhamhaeng boleh dianggap ‘syurga’ makanan halal.

Secara peribadinya, penulis sendiri gemar untuk menetap di kawasan pinggir bandar Timur Bangkok ini setiap kali ada tugasan di Thailand.

Sepanjang jalan utama dan lorong kecil sekitar Ramkhamhaeng, terutamanya berhampiran Universiti Ramkhamhaeng dan Stadium Rajamangala, anda boleh melihat pelbagai gerai dan restoran halal.

Daripada masakan Thai Muslim tradisional seperti khao mok gai (nasi briyani ayam), khao pad thai (nasi goreng thai) hinggalah ke makanan Timur Tengah, Pakistan dan juga Melayu-Patani.

Menariknya, suasana di kawasan ini juga agak mesra Muslim kerana mudah untuk mencari surau atau masjid berdekatan, malah ada restoran yang menyediakan ruang solat untuk pelanggan.

Berikut merupakan beberapa pilihan makanan halal di Ramkhamhaeng yang anda boleh cuba sekiranya melancong ke sini:

Makanan Halal di Ramkhamhaeng, Bangkok

1) Mini Plaza Ramkhamhaeng Soi 59 

Ramkhamhaeng

Medan selera yang hanya menyajikan makanan halal ini cukup selesa dimana ia betul-betul bersebelahan dengan sebuah tempat menginap patuh syariah, Muslim Home.

Pengunjung mempunyai banyak pilihan dengan lebih daripada 10 gerai dibuka pada setiap hari. Peminat tomyam jangan lepaskan peluang untuk menikmati masakan tersebut disini.

Memang padu dan secukup rasa!

Ramkhamhaeng
Antara makanan yang dijual di Mini Plaza 59. Kredit Foto: Mini Plaza 59
Ramkhamhaeng
Kredit Foto: Mini Plaza 59

2) Lang Ram Grilled Fish Rama IX

Ini juga merupakan salah satu lokasi makanan halal sering kali menjadi tumpuan pelancong di Ramkhamhaeng. Kedai ini berada di Rama IX Soi 40, Hua Mak, Bang Kapi.

Banyak pilihan makanan dengan harga berpatutan tetapi ikan talapia garam bersaiz besar merupakan menu paling popular di sini.

Difahamkan Lang Ram Grilled Fish ini mempunyai banyak cawangan di sekitar Bangkok.

Ramkhamhaeng
Nampak sedap kan?

3) Sophia Catering Restaurant 

Lebih eksklusif dan ala-ala hipster melihatkan kepada dekorasinya, kedai ini berada di Soi 5 Ramkhamhaeng, Sun Luang  yang hanya bersebelahan dengan Hotel Al Meroz (hotel lima bintang).

Ramkhamhaeng
Kredit Foto: Sophia Restaurant, Bangkok

Kedai ini turut menyajikan pelbagai makanan halal yang menarik untuk dinikmati dan tidak hanya tertumpu kepada tomyam dan makanan panas sahaja.

Terdapat juga kek, ‘mushroom soup’, dumpling dan sebagainya. Staf di sana juga boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

4) Indian/Pakistani Halal Restaurant

Sekiranya sudah muak dengan tomyam atau daging bakar sepanjang berada di sini, anda boleh mencuba makanan India dan Pakistan di kedai ini.

Ramkhamhaeng
Kredit Foto: Google Review India/Pakistani Halal Restaurant

Kedai tersebut berada di Ramkhamhaeng Soi 78 yang menyediakan makanan seperti nasi briyani kambing, nasi briyani ayam dan banyak lagi.

5) Gerai Roti Haji Ibrahim 

Untuk penggemar roti pisang, roti milo, roti telur dan sebagainya, gerai roti Haji Ibrahim merupakan salah satu tempat wajib perlu anda kunjungi.

Ramkhamhaeng

Hj Ibrahim yang merupakan anak kelahiran Myanmar sudah lama menetap di sana dan cukup fasih berbahasa Thailand.

Gerai beliau dibuka dihadapan 7-Eleven bersebelahan Hotel Chaleena Princess di Lorong 122 Lat Phrao, Wang Thonglang.

Ramkhamhaeng: Syurga Tersembunyi Makanan Halal Di Bangkok

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.