Rancangan Kewangan Formasi Taktikal 4-3-3 Inspired by Alwi Adam EzazWealth

Ramai kawan-kawan lelaki kita suka permainan bola sepak. Futsal sampai ke pagi dan tengok bola sampai tak ingat dunia. Disebabkan minat yang tak berbelah bagi tu apa kata kita bina sendiri formasi taktikal kewangan kita sendiri. Macam coach la sikit.

Penjaga gol (GK)

Kena ada income melalui makan gaji atau perniagaan dan mestilah dilindungi oleh takaful. Ramai kawan korang ejen takaful kan? Pergi tanya mereka. GK ini kerjanya jaga gawang je jangan bolos. Nak score kau tunggu penalti.

Pertahanan (DF)

puyol_2761845

Simpanan/Pelaburan – Low risk and consistent return macam ASB1 (7.xx%), ASB 2 (7.xx%), Tabung Haji (5-6%). Kalau bijak leverage tinggi la return dia. Jarang defense ni boleh score goal. Paling penting DF ni boleh tolong GK. Apa pun kena la jugak supply bola kat midfielder. Nak score kan?

Pemain tengah (MF)

wall_soccer_france_zinedine_zidane_hd-wallpaper-2958713

Ada risiko sikit dan moderate return macam Unit trust, Property, Komoditi macam emas dan perak. MF ni ada keupayaan tinggi nak score berbanding dengan DF. Biasanya MF ni playmaker yang baik dan ambil freekick yang cantik dan tentulah kena supply bola kat Striker untuk score.

Penyerang (FWD)

16 Jun 1998: Ronaldo of Brazil celebrates after scoring in the World Cup group A game against Morocco at the Stade de la Beaujoire in Nantes, France. Brazil won 3-0. Mandatory Credit: Clive Brunskill /Allsport

High risk, high return. Biasanya kena ada capital/holding power lebih sikit dan risiko diminimumkan dengan ilmu dan pengalaman. Striker ni mudah la nak score. Tinggal masuk ke tak je? Kadang2 depan gol pun tak masuk sepak melangit terkena palang la. Biasa kalau Right place Right time mesti score punya la.

Binalah defend dulu buat permulaan, apa lah guna nya score 3 goal tapi bolos 4 goal (macam aku je).

Amacam ada rasa macam main PES tak?

13087819_10208949854211251_8326199262157718780_n

P/S: Formasi adalah fantasi penulis yang bukan sifu hanya sekadar berkongsi.