Mulai tahun ini peperiksaan akan diperkenalkan untuk murid tahun empat sekolah rendah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035.

Menurutnya, peperiksaan itu akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.

Peperiksaan itu merangkumi mata pelajaran bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Sementara mata pelajaran Sejarah akan dimasukkan pada 2027 kelak untuk pelajar Tingkat 3.

“Guru-guru ingat tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam.

“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dua tahun iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” katanya.