Skuad kebangsaan Indonesia kembali memintas Malaysia dalam kedudukan tidak rasmi ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas seri tanpa jaringan menentang Australia pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Ini adalah keputusan seri kedua mereka selepas turut ikat Arab Saudi 1-1 beberapa hari lalu.
Baca Juga:
- Nilai Pasaran Pemain Warisan Indonesia Lebih Tinggi Daripada Keseluruhan Skuad Malaysia
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Maarten Paes Cemerlang Pastikan Indonesia Ikat Australia
- Shin Tae-Yong Yakin Indonesia Mampu Lakar Kejutan
Perlu diingat mata ranking yang ditawarkan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia lebih tinggi daripada aksi persahabatan antarabangsa tier 1.
Hasil keputusan seri ke atas Australia menyaksikan mereka mengutip +8.57 mata sekaligus melonjak ke kedudukan 130 dunia mengatasi Malaysia di tangga 131.
Sebelum itu, skuad kendalian Shin Tae Yong tersebut mengutip +6.88 mata selepas ikat Arab Saudi. Ini menjadikan jumlah mata keseluruhan dikumpulkan Indonesia meningkat sebanyak 1124.17 berbanding Malaysia (1117.68).
[FIFA Rankings update]
2026 FIFA World Cup qualification
🇮🇩 Indonesia 0-0 🇦🇺 AustraliaPoints after match
🇮🇩 1124.17 (+ 8.57)
🇦🇺 1544.30 (- 8.57)Rankings after match
🇮🇩 130 (+2)
🇦🇺 25#FIFARankings #WCQ #AsianQualifiers— Footy Rankings (@FootyRankings) September 10, 2024
Bagaimanapun, kedudukan ini hanya buat sementara waktu kerana ia bergantung kepada keputusan pasukan lain yang beraksi dalam aksi persahabatan dan juga saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Indonesia berpotensi melonjak beberapa anak tangga dan berpeluang berada dalam kelompok 120 dunia jika konsisten mengutip mata pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan datang.
Mereka dijadualkan bertemu Bahrain dan China pada bulan oktober depan dan ini peluang terbaik untuk mengutip mata ranking yang lebih tinggi.
Sebelum ini, Indonesia muncul sebagai pasukan paling banyak mengutip mata ranking FIFA di dunia pada bulan Mac apabila mengumpulkan +30.04 mengatasi rekod lama mereka.