Pada hari minggu lalu, trafik di Singapura agak sibuk kerana banyak kenderaan keluar bersempana Hari Kebangsaan Singapura yang disambut pada 9 Ogos ini. Kesesakan itu menyebabkan ramai yang terpaksa menunggu dalam barisan sehingga berjam-jam.

Bagaimanapun, ada dua adik-beradik tidak menyangka bertemu dengan seorang pemandu Honda Civic menggunakan cara ‘luar biasa’ untuk memotong barisan, dengan menghulurkan ‘pasport Malaysia’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian itu berlaku ketika jalan sesak hampir empat jam semasa kenderaan berbaris bagi menuju ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, Gelang Patah.

Tindakan lelaki itu dirakam oleh Joanna Loh ketika dia dan kakaknya dalam perjalanan menuju ke Malaysia dengan menaiki kenderaan bernombor pendaftaran Singapura. Semasa kejadian sebuah kereta Honda bernombor pendaftaran Malaysia datang dari arah kiri dan cuba memotong barisan.

“Dia mahu memotong barisan di hadapan kami dan dia tidak memberikan lampu signal untuk memotong. Kalau ikutkan, kami tidak perlu memberi laluan pun. Tetapi jika dia sopan, sudah pasti kami akan berikan laluan kepadanya,” petik hantaran Facebook Joanna.

Susulan kejadian itu, pemandu Honda terbabit keluar daripada keretanya dan menunjukkan ke arah nombor pendaftaran sambil memegang telefon. Pada masa sama Joanna turut menunjukkan pasport Malaysia yang dimilikinya.

Perkongsian video itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen kerana tindakan pemandu Honda itu secara tidak langsung memalukan nama negara hanya kerana tidak sabar mahu memotong barisan.

Sumber Gambar: TikTok @utusantvofficial
Sumber Gambar: TikTok @utusantvofficial
Sumber Gambar: Facebook Joanna Loh

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Joanna itu telah mendapat lebih 3,000 perkongsian dan 1,000 komen daripada netizen. Difahamkan Joanna juga telah membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang wanita dan lelaki mengamuk selepas tidak diberikan ruang untuk memotong. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pasangan Singapura Buat Hal Sehingga Dicari Polis Johor, Ini Punca Sebelum Perbuatan Khianat Berlaku

CCTV Rakam Pemandu BMW Singapura Sengaja Buang Air Kecil Di Tempat Terbuka

‘Pura-Pura Tidak Perasan Kereta Sendiri’- Tindakan Warga Singapura Ini Buat Netizen Bengang