Pernahkah anda mengalami situasi di mana tiba-tiba terasa ingin membuang air besar atau kecil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai seperti Eco atau Daiso?

Anda tidak keseorangan. Fenomena aneh ini seringkali dialami oleh ramai orang, dan ia bukanlah satu kebetulan semata-mata.

Merujuk kepada Dr Raihanan Ismail menerusi akaun TikToknya, kemunculan rasa kurang selesa pada perut secara mendadak ketika berada di dalam kedai berkenaan bukanlah sesuatu yang luar biasa dan terdapat penerangan ilmiah mengenainya.

kedai eco
Sumber Gambar: Eco

“Ada penjelasan sains di sebaliknya. Nama benda ni adalah Mariko Aoki Phenomenon. Istilah ni asal dari Jepun yang pertama kali disebut dalam sebuah majalah pada tahun 1985 oleh seorang wanita bernama Mariko Aoki.

Bukan di kedai eco sahaja

“Dia perasan setiap kali masuk kedai buku, dia akan rasa nak berak secara tiba-tiba. Lama-lama, ramai orang lain mengaku benda sama dan fenomena ni pun mula dikenali dengan nama dia,” ulasnya.

Fenomena yang mula disedari pada tahun 80-an ini kini diketahui berkaitan dengan kedai buku, dan juga kedai serbaneka seperti Eco dan Daiso, di mana bau bahan tertentu serta suasana dalam kedai memainkan peranan penting, menurut Dr. Raihana.

“Kedai Eco dan Daiso banyak barang baru. Plastik, buku, kertas. Bau spesifik ni boleh trigger reaksi dalam usus. Scented trigger ni akan aktifkan sistem saraf parasimpatetik yang kawal pergerakan usus.

“Suasana tenang, sunyi dan sejuk buat badan relaks. Bila badan relaks, sistem penghadaman pun aktif. Perut pun mula berbisik, sama macam kita duduk rumah tak ada gangguan,” terangnya lagi.

@dr.raihana.ismail

Asal nak shopping je, terkepit-kepit rasa nak membuang… Ada tak yang macamni ? Jom belajar kenapa . Komen ‘oo baru tau’ kalau anda suka info ni. #efferty #drraihanaismailofficial

♬ original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty – DR. Raihana Ismail | Efferty

Bagaimanapun, fenomena ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana bukan berkaitan penyakit kritikal tetapi lebih kepada psikologi sahaja.

Netizen pun banyak berkongsi yang mereka boleh ‘relate’ dengan fenomena ini lebih-lebih lagi apabila berada di sesetengah tempat sebegini.