Pembekal barangan rumah Jepun terkemuka, Daiso akan melabur RM1 bilion untuk membina pusat pengedaran global (GDC) terbesarnya di Pelabuhan Klang, Selangor tahun depan.

Memetik laporan The Edge Malaysia, pelaburan itu bakal menjadikan hab antarabangsa kedua Daiso selepas China.

Baca Juga:

“Hab itu mempunyai keluasan 130,000 kaki persegi, dijangka memulakan pembangunan pada Mei 2024 dan siap pada Mei 2026.

“Ia dijadualkan beroperasi pada Januari 2027,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama untuk membangunkan hab pengedaran global antara Daiso Malaysia dan Kajima-Suncon di sini pada Khamis.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari and Presiden Daiso Industries Co Ltd, Seiji Yano.

Khairul Adib berkata kerjasama Daiso Malaysia dengan Kajima-Suncon, usaha sama yang diketuai oleh Kajima (Malaysia) Sdn Bdn dan Sunway Construction Sdn Bhd, adalah bukti perjalanan transformatif syarikat untuk meningkatkan ketersediaan produk Daiso di rantau ini.

Amirudin berkata pembinaan hab global itu hasil daripada usaha berterusan Invest Selangor Bhd sejak beberapa tahun lalu dan bersyukur syarikat itu memilih Selangor untuk pelaburan bernilai tinggi itu.

“Hab logistik global ini bukan perkara baharu di Selangor, kita ada banyak yang telah dibuka seperti Lazada dan Shopee, tetapi Daiso ini berada di peringkat yang lebih tinggi dan kami berbangga kerana ia adalah hab terbesar Daiso di seluruh dunia, ” katanya.