Rashed kembali lagi! Remaja berusia 15 tahun Rashed Belhasa atau lebih dikenali dengan nama ‘Money Kicks’ membalut kereta Ferrari ‘miliknya’ dengan sticker kustom Supreme X Louis Vuitton. Menariknya, beliau belum pun cukup umur untuk pandu kereta ini.

Usia untuk memandu kereta di Dubai adalah 18 tahun dan Rashed sudah pun mempunyai koleksi kereta yang banyak termasuk sebuah Cadillac Escalade dengan sticker kustom diinspirasikan daripada kasut YEEZY.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Berdasarkan laman Instagramnya, beliau mempunyai setiap koleksi Supreme X Louis Vuitton.

Dikatakan Rashed mempunyai koleksi kasut 200,000 di rumahnya! Kasut Adidas YEEZY saiz kecil beliau beri kepada monyet peliharaannya pakai. Rashed memang seorang Hypebeast sejati.