Marcus Rashford mensasarkan kejayaan menjuarai EPL dan UCL bersama dengan Manchester United.
Rashford yang merupakan graduan Carrington, menjadi pemain penting Manchester United selepas mendapat debut bersama kelab itu.
Dia juga menjadi pemain kebangsaan England, walaupun terpaksa disisihkan daripada kejohanan Euro 2024 lalu. Namun dia masih lagi dalam senarai pemain penting negaranya.
Rashford sudah memenangi beberapa piala bersama dengan Manchester United. Namun dia masih belum puas. Kerana sasaran utama Rashford adalah kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah bersama Red Devils.
Bercakap kepada wartawan, pemain sensasi United itu berkata: “Saya masih berimpian mahu menjuarai Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Juara Juara Eropah bersama sama dengan Manchester United.
🔴 Marcus Rashford: “I still have dreams of winning the big trophies, the Premier League and Champions League with Man United”.
“Hopefully we can get that done!”, told MUTV. pic.twitter.com/ax3PvAu6nR
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 30, 2024
Rashford dan Man United dalam rangka persiapan musim baharu. Dengan kelab itu mahu menamatkan kemarau EPL mereka.
Erik Ten Hag sudah berjaya mendapatkan beberapa bintang baharu untuk memperkuatkan lagi Man United seperti Joshua Zirkzee dan juga Leny Yoro.
Dengan adanya bantuan daripada INEOS yang terlibat dalam pembangunan sukan kelab itu, mereka masih aktif memburu beberapa pemain lagi.
Musim akan datang United tidak akan bermain di Liga Juara Juara Eropah. Bermakna Rashford harus menunggu musim berikutnya untuk cuba memenangi UCL bersama dengan kelab yang menjadi sebahagian besar hidupnya itu.
Namun begitu, untuk EPL, Rashford berpeluang melakukannya musim baharu ini. Dengan syarat dia harus kembalikan semula prestasi terbaiknya.