Amorim sisihkan Rashford daripada skuad utamanya, dan masih tidak tunduk dengan pemain itu yang tidak sehaluan dengannya.

Beberapa minggu lalu Rashford menyatakan dia sudah sedia kembali ke dalam skuad. Namun malangnya pemain itu dikatakan masih tidak meyakinkan Amorim.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Kenapa Amorim sisihkan Rashford?

Ini 5 sebab kenapa Amorim sisihkan Rashford di dalam skuadnya ketika ini.

1. Isu disiplin Rashford

Pemain itu sebelum ini melanggar peraturan yang ditetapkan Amorim.

Dia melarang mana mana pemain untuk keluar berfoya foya waktu malam sebelum hari perlawanan.

Pemain itu kemudian disisihkan daripada skuad. Kerana menurut Amorim, kelab ini ada standard yang harus diikuti semua pemain.

Rashford pula mempertahankan tindakannya dan menganggap itu perkara biasa dilakukan mana mana pemain di England.

2. Komitmen pemain lain

Dari segi taktikal, Amorim sebelum ini menjelaskan bahawa Rashford dicadangkan untuk menjadi pemain penyerang no.9.

Ini kerana sistem permainan sayap mereka bukan lagi sistem wing attacker tetapi wingback.

Pemain  seperti Rasmus Hojlund dan juga Zirkzee diakui oleh Amorim sebagai pemain yang komited setiap hari.

Paling penting pada masa ini adalah pemain yang sedia untuk bekerja lebih keras untuk memahami sistem permainan.

Marcus Rashford

3. Keharmornian pasukan

Rashford boleh membawa toksik ke dalam pasukan jika dia tidak dibendung.

Amorim mahu pemain itu mengubah sikapnya dan barulah dia boleh kembali ke dalam pasukan.

“Saya hanya berminat bercakap tentang pemain yang ada bersama kami. Ketika ini Rashford tiada bersama kami,” tegas Amorim merujuk kepada pemain itu yang tidak sehaluan dengannya ketika ini.

Amorim akui pemain itu benar benar berbakat. Namun sayangnya dia ada masalah disiplin yang harus diperbaikinya untuk dia berada dalam skuad.

4. Polisi kelab

Kelab sudah menjelaskan bahawa mereka tidak lagi menjadikan Rashford sebagai ‘untouchable’ dalam skuad United. Amorim boleh menjual pemain itu jika dia mahu.

Jadi tiada halangan Amorim sisihkan Rashford jika dia rasa pemain itu tidak diperlukan dalam skuadnya.

Ini mungkin peluang Amorim untuk meraih wang bagi menambah dana perpindahan untuk membeli pemain yang dia mahukan.

Rashford masih lagi menjadi pemain yang dikehendaki kelab kelab lain di jendela perpindahan.

5. Taktikal Amorim

Sudah tentunya isu taktikal juga memainkan peranan. Seperti dijelaskan di atas, sistem permainan United sekarang sudah berbeza dengan sistem back 3.

Amorim dalam proses untuk ‘audition’ pemain yang dia mahu kekalkan dalam skuadnya pada musim akan datang. Di mana ianya akan menjadi musim penuh pertamanya di Man United.

Bukan sahaja Rashford beberapa pemain lain juga dikatakan dalam senarai untuk dilepaskan kerana Amorim selepas ini akan cuba membawa masuk ‘pemain dia sendiri’ ke dalam skuad.

Pembentukan skuad yang lebih baik adalah sangat penting, kerana Amorim seblum ini berterus terang menyatakan: “Ini mungkin skuad Man United yang paling teruk dalam sejarah.”

Rumusan

Ianya adalah konflik yang ketara di antara Amorim dengan cara kerja Marcus Rashford.

Daripada anak emas di Old Trafford, kini Rashford mendapat layanan lebih keras daripada pengurusnya.

Sebelum ini di bawah Ten Hag, dia juga terlibat dalam isu disiplin namun sentiasa dimaafkan asalkan dia datang meminta maaf, menurut Ten Hag.

Jadi adakah anda setuju Amorim sisihkan Rashford pada ketika Man United terus bergelut untuk memasuki kelompok 10 teratas liga sekalipun.