Pemuzik dan pelakon Rashidi Ishak memuji suara Fazura sebagai sedap ketika menyanyi. Dan menasihati Fazura untuk memperbaiki lagi mutu nyanyiannya dengan teknik yang betul.
Ini boleh dilakukan dengan mencari guru vokal yang betul untuk memantapkan lagi kualiti vokalnya.
Fazura menerima banyak kritikan baru baru ini setelah dia membuat persembahan nyanyian di sebuah rancangan. Namun Rashidi Ishak mengambil haluan berbeza dengan pengkritik Fazura.
Kerana menurutnya, Fazura ada bakat menyanyi dan memiliki suara yang sedap.
Rashidi Ishak menambah, suara Fazura sangat sesuai dengan muzik genre pop. Dan video yang ditularkan baru baru ini menunjukkan Fazura ada mengalami sedikit kesukaran untuk melontarkan pitching yang bagus.
Namun isu pitching bukan perkara yang tidak boleh diperbaiki. Kerana dengan latihan berterusan dan intensif ianya akan dapat diperbaiki.
Dipetik daripada laman Oh Bulan, Rashidi Ishak berkata: “Perkara itu hanya pandangan ikhlas daripada saya. Memang tidak dinafikan suara Fazura memang sedap sebagai seorang penyanyi pop.
“Cuma klip yang tular jelas nampak nyanyian dia sedikit lari (pitching).
“Kalau kita lihat, untuk penyanyi yang berlatih setiap hari dan sering membuat persembahan, masalah pitching jarang berlaku kepada mereka.”
Seterusnya Rashidi Ishak juga percaya, isu kekurangan pengalaman menyanyi secara live juga mempengaruhi rasa gemuruh Fazura ketika menyanyi.
Tetapi Rashidi Ishak percaya bahawa setiap penyanyi itu tidak lahir lahir terus bagus. Semuanya kerana latihan yang betul berjam jam setiap hari.
Oleh sebab itu dia berharap Fazura tidak berputus asa dalam karier nyanyiannya dan mencari guru vokal yang boleh membimbingnya.