Sri Pahang FC (SRP) hari ini mengumumkan kemasukan pemain baharu iaitu Adam Nor Azlin bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Pemain yang berusia 28 tahun itu cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini.
Baca Juga:
- Adam Nor Azlin Mahu Kembali Sarung Jersi Malaysia, Sudah Terlambat Atau Masih Ada Peluang?
- Manuel Hidalgo Bakal Kembali Perkuatkan Sri Pahang
- Sri Pahang Berminat Dapatkan Dua Penjaga Gol Skuad B-23 Negara
Adam merupakan salah seorang pemain yang dilepaskan oleh Johor Darul Taβzim (JDT) dimana kelab itu mengambil langkah untuk menjimatkan perbelanjaan musim ini.
Musim lepas, Adam lebih banyak diturunkan bersama skuad JDT II dalam saingan Piala MFL 2023 dan memainkan peranan selaku kapten pasukan.
Memperkenalkan wajah baru Tok Gajah, Adam Nor Azlin ππ
Pemain versatile berusia 28 tahun produk Harimau Muda, dan turut berpengalaman menyarung jersi kebangsaan π²πΎ
Selamat datang Adam ke Darul Makmur β«βͺ pic.twitter.com/RAE3bAaJef
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 21, 2024
Beliau dijangka akan memperkuatkan benteng pertahanan tok gajah bersama beberapa bekas rakan sepasukan seperti Fadhli Shas, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq.
Pengalaman luas yang dimiliki oleh Adam mampu membantu Sri Pahang memberikan saingan sengit dalam Liga Super musim ini.
Sebelum ke JDT, Adam pernah menyarung jersi Selangor pada musim 2016 hingga 2017 selepas dilepaskan oleh Harimau Muda B yang beraksi dalam saingan Liga Singapura musim 2015.
Antara pencapaian terbaik ketika bersama skuad Malaysia B-23 ialah menjuarai Piala Bangabandhu dan meraih pingat Perak dalam sukan SEA 2017.
Malah, beliau tekad pamer prestasi cemerlang bersama Sri Pahang dalam saingan Liga Super musim ini supaya dipanggil semula menyertai skuad Harimau Malaya.
Kali terakhir Adam Nor Azlin beraksi bersama skuad Harimau Malaya ialah pada 2019 dimana ketika itu pasukan senior negara dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe.