Bekas pemain skuad B-23 Tahun negara, Adam Nor Azlin berazam untuk kembali beraksi bersama pasukan senior dan berharap musim 2024/25 menjadi musim beliau membuat kebangkitan.

Adam merupakan salah seorang pemain yang dilepaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana kelab itu mengambil langkah untuk menjimatkan perbelanjaan sebagai langkah transformasi kelab bagi menghadapi saingan musim ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Adam menegaskan beliau mahu beraksi secara konsisten dalam saingan Liga Super sekaligus kembali menyarung jersi pasukan negara.

Adam Nor Azlin
Adam Nor Azlin

“Saya sudah lama tidak beraksi dalam Liga Super. Tahun 2024 adalah untuk membina semula nama saya untuk beraksi dan juga sasaran untuk bermain kembali bersama pasukan kebangsaan.

“Mungkin saya perlu bekerja lebih keras lagi, tiada apa mustahil,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Kali terakhir Adam Nor Azlin beraksi bersama skuad Harimau Malaya ialah pada 2019 dimana ketika itu pasukan senior negara dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe.

Yang menjadi persoalan adalah, adakah sudah terlambat bagi pemain berusia 28 tahun itu cuba kembali beraksi bersama pasukan negara ataupun masih ada peluang untuk kembali beraksi di peringkat antarabangsa?

Ketika ini, beberapa pemain menjadi pilihan ketua jurulatih iaitu Kim Pan-gon bagi membarisi benteng pertahanan pasukan negara seperti Dion Cools, Dominic Tan, Junior Eldstal, Shahrul Saad dan ada pemain lain di bangku simpanan seperti Khuzaimie Piee.

Bagi memastikan Adam mampu menarik perhatian Pan-gon, beliau perlu beraksi secara konsisten dalam saingan Liga Malaysia bersama pasukan yang seterusnya selain menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

Ketika bersama JDT, Adam gagal untuk mendapatkan minit permainan yang cukup kerana beliau perlu bersaing dengan beberapa pemain lain bagi membarisi kesebelasan utama seperti Jordi Amat, Feroz Baharudin, Shane Lowry, Aidil Zafuan dan Shahrul Saad.

Adam dikaitkan dengan beberapa pasukan dalam saingan Liga Super seperti Perak dan Sri Pahang namun beliau belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana pasukan.