Erling Haaland diumumkan telah menandatangani kontrak baharu di Man City selama sedekad lagi.
Pemain berusia 24 tahun itu gembira dengan kesepakatan itu. Dan menyatakan bahawa dia tidak pernah memikirkan untuk keluar daripada Man City.
Haaland seringkali dikaitkan dengan kelab besar lain seperti Real Madrid dan juga Barcelona. Namun kini pemain itu telah memberikan komitmen jangka panjang untuk City.
Haaland berkembang menjadi salah seorang penyerang terbaik di dunia selepas menyertai kelab itu dari Borussia Dortmund pada musim panas 2022.
🚨🔵 Erling Haaland has signed new deal at Manchester City valid until June 2034!
The agreement is valid for 9.5 years, as revealed by @David_Ornstein — with record salary for City 🇳🇴🤝🏻
ℹ️ There will be release clause valid from 2029 but only available at very high numbers. pic.twitter.com/yHOZrKymfm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 17, 2025
Dia menjadi watak penting Man City menjuarai Treble pada musim pertamanya di kelab yang pernah menjadi kelab diwakili ayahnya dahulu.
Ketika musim treble, Haaland menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan – jumlah tertinggi yang pernah dijaringkan oleh pemain Liga Perdana Inggeris.
Dia turut mencetak 36 gol liga, untuk memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim tersebut.
Pada musim keduanya dia turut cemerlang bersama Man City untuk mempertahankan EPL. Dia sudah memenangi banyak anugerah individu, termasuk Anugerah Pemain Terbaik PFA, Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris dan Pemain Muda Terbaik. Haaland juga pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak.
Bercakap tentang kontrak baharunya, Erling Haaland berkata: “Saya sangat gembira dapat menandatangani kontrak baru saya untuk menghabiskan lebih banyak masa di kelab hebat ini.
“Manchester City adalah sebuah kelab istimewa, penuh dengan orang-orang hebat dengan penyokong yang luar biasa dan ia adalah jenis persekitaran yang membantu menghasilkan yang terbaik daripada setiap orang.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pep Guardiola, barisah jurulatih, rakan sepasukan saya dan semua orang di kelab kerana mereka semua telah banyak membantu saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Mereka telah menjadikan tempat ini sangat istimewa dan kini saya adalah City tidak kira apa pun.
“Saya ingin terus berkembang, terus berusaha untuk menjadi lebih baik dan berusaha sedaya upaya untuk membantu kami mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.”