Bintang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo memilih untuk menyertai juara Liga Super, Johor Daru Ta’zim sebagai destinasi baharunya.

Pemain itu diberikan jersi no.25 oleh JDT dalam pengumuman rasmi pemain itu pada hari ini.

JF

Nama Figueiredo menjadi buah mulut peminat sebelum ini kerana prestasi luar biasa dipamerkannya ketika Malaysia membelasah Vietnam.

Joao Figueiredo pemain baharu JDT

Pemain warisan yang sudah memiliki 1 kaps bersama Harimau Malaya, Joao Figueiredo kini akan perkuat JDT untuk musim baharu.

JDT mengumumkan pemain tersebut dengan video ringkas dengan kapsyen: “Joao Figueiredo membawa komitmen dan kesungguhannya kepada Johor Darul Ta’zim FC.”

Pemain serba boleh

Joao Figueiredo merupakan pemain penyerang yang serba boleh. Dia boleh bermain di pelbagai posisi. Misalnya dalam aksi menentang Vietnam, dia bermain di bahagian sayap kanan dan posisi no.9 dengan berkesan.

Analisis Taktikal: Peter Cklamovski Tak Perlukan ‘Rocket Sciene’ Untuk Ajar Vietnam

Jadi, ianya akan memberikan manfaat besar kepada JDT apabila pemain versatile sepertinya berada dalam skuad mereka.

Pada masa yang sama ianya juga boleh memberikan manfaat kepada Harimau Malaya, dengan membentuk gandingan bersama bintang Harimau Malaya yang lain seperti Arif Aiman.

JDT

Kehadiran Figueiredo pastinya akan memperkuatkan lagi jentera serangan JDT terutama sekali untuk aksi di pentas ACLE yang akan datang.

Sebagai rekod, dalam karier, Figueiredo merupakan pemain graduan akademi bola sepak yang popular di Brazil, Atletico Mineiro.

Joao Figueiredo kemudian berjaya debut dengan pasukan senior kelab tersebut pada musim 2016/2017.

Dia kemudian menikmati karier bersama beberapa lagi kelab termasuk kelab terakhirnya iaitu Istanbul Basaksehir di Turki.

Cita cita besar JDT

Baru baru ini, CEO JDT, Luis Garcia menyatakan bahawa JDT mahu terus mengibarkan bendera Johor dan Malaysia di peringkat antarabangsa. JDT bukan sahaja mahu konsisten dalam menjadi penyumbang mata utama untuk Liga Malaysia dalam ranking AFC – yang membantu kelab lain dari Malaysia dapat beraksi sekali bersama JDT di ACLE.

Luis Garcia juga menegaskan, JDT juga mahu beraksi di pentas tertinggi di Piala Dunia Kelab di tahun mendatang.

Kemasukan pemain baharu dalam JDT diharap akan membantu kelab itu dalam mengejar cita cita besar mereka.

“Pemain-pemain baharu yang kami bawa masuk untuk musim 2025-26 selari dengan hala tuju ini, dan kejayaan JDT di peringkat Asia pastinya juga akan menjadi kejayaan untuk bola sepak Malaysia,” tegas Luis Garcia.

JDT Sasar Layak Ke Piala Dunia Kelab Dan Terus Harumkan Nama Malaysia