Muhammad Syafiq Ahmad mendapat peluang untuk membuktikan kemampuannya selepas dipinjamkan ke Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi menghadapi musim 2024/25.

Ia merupakan kali kedua penyerang berusia 28 tahun itu hadir ke Kedah selaku pemain pinjaman dimana pada musim 2022 beliau beraksi bersama skuad Hijau Kuning itu selama lima bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkembangan terkini mengenai kehadiran Syafiq itu disahkan KDA FC menerusi pengumuman rasmi yang dibuat di laman sosial kelab tersebut.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan kepulangan Muhammad Syafiq Ahmad ke pangkuan pasukan Sang Kenari di musim 2024-2025.”

“Dengan persetujuan bersama kedua-dua kelab, status pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC, pihak pengurusan KDA FC menjunjung kasih dengan perkenan DYAM Tunku Mahkota Johor memberi persetujuan untuk pemain kelab tersebut mewakili KDA FC musim ini.”

“Tidak perlu diperkenalkan lagi, pemain yang cukup prolifik dengan tandukan padu di Liga Malaysia dan peringkat antarabangsa. Syafiq akan memperkuatkan jentera serangan pasukan Sang Kenari.”

Kedah nyata cukup dekat buat Syafiq Ahmad kerana kariernya bermula di negeri tersebut termasuklah ketika di bangku persekolahan.

Selepas cemerlang bersama Kedah, Syafiq Ahmad kemudiannya menyertai JDT pada musim 2018 dan turut membuat penampilan serta menjaringkan beberapa gol ketika bersama skuad kebangsaan

Kehadirannya sekali lagi ke Kedah dilihat mampu untuk mengembalikan sentuhan yang kian pudar kerana kurang minit permainan.