Pemain import dari Ukraine, Mykola Ahapov jadi pilihan Sri Pahang bagi memperkuatkan jentera serangan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Pemain berusia 30 tahun bakal bergandingan dengan Kpah Sherman dari Liberia dalam usaha membantu menajamkan lagi jentera hadapan skuad kendalian Fandi Ahmad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini kali kedua Tok Gajah mendapatkan khidmat penyerang Ukraine selepas Yevhen Bokhashvili pada musim 2021 tetapi penyerang yang pernah bersama dengan sebuah kelab di Liga Indonesia tidak begitu menyerlah.

Ahapov juga merupakan penjaring terbanyak liga divisyen 2 Kazakhstan pada musim lepas apabila merekodkan 24 gol dalam 28 perlawanan yang diharungi.

Beliau juga mampu beraksi di posisi sayap sekaligus bakal memberikan banyak pilihan kepada Fandi Ahmad membentuk barisan serangan yang cukup mantap musim ini.

Pemain yang memiliki ketinggian 184 cm itu turut mempunyai pengalaman beraksi beraksi Liga Uzbekistan pada musim 2022 dimana beliau telah menjaringkan 8 gol dalam 17 penampilan.

Ahapov merupakan pemain import kelima Tok Gajah selain Kpah Sherman, Kuvondik Ruziev, Stefano Brundo dan Rafael Silva. Mereka dijangka akan mengumumkan dua lagi pemain import untuk kuota Asean dan kuota bebas di posisi pertahanan.

Antara pemain tempatan baharu yang sudah diumumkan menyertai skuad itu ialah Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim dan Azfar Fikri.

Dengan kehadiran muka baharu yang lebih berpengalaman, Sri Pahang tekad kedudukan lebih baik selepas menamatkan di tempat kelima Liga Super musim lalu