Perak memantapkan jentera tengah pasukan menjelang sepak mula Liga Super Malaysia 2024/25 selepas mengumumkan kehadiran pemain import kelahiran Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.

Merupakan produk Akademi Besiktas, Adilet sebelum ini beraksi bersama Neftchi Kochkor-Ata dalam saingan Liga Perdana Kyrgyzstan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Adilet telah diperkenalkan kepada para penyokong dalam Karnival Pelancaran Jersi ‘Home’ Perak FC 2024/2025 yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), sebentar tadi.

Pengesahan yang sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung kedatangannya ke Perak seperti dilaporkan wakil media-media tempatan sejak akhir-akhir ini.

Pemain berusia 21 tahun hadir ke Ipoh dengan status selaku ketua pasukan skuad bawah 23 tahun yang bersaing di temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Malah, beliau turut dipanggil menyertai skuad senior Kyrgyzstan ketika aksi persahabatan menentang Rusia pada 22 November 2022 tetapi Adilet hanya berada di bangku simpanan.

Dengan kehadiran Adilet Kanybekov, ia dapat memberikan nilai tambah kepada Perak yang sebelum ini terlalu bergantung harap kepada Luciano Guaycochea untuk menghidupkan jentera tengah.

Adilet dilihat mempunyai kualiti yang cukup baik dalam merencana gerakan pasukan terutamanya ketika melakukan hantaran lolos bagi mencari rakan sepasukan di bahagian serangan dan sayap.

Beliau menjadi rekrut kelima buat Perak yang sebelum ini telah membawa masuk muka baharu seperti Ariff Ar-Rasyid Ariffin, Mohamad Ramadhan Ab. Hamid, Nur Azfar Fikri Azhar dan Tommy Mawat.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, dua nama tidak asing dalam kancah bola sepak tempatan bakal diumumkan Perak dalam tempoh terdekat.