Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas negara haram pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Ianya susulan ketidakpuasan hati Iran ke atas negara haram tersebut yang berterusan membedil Gaza.

Baca Juga:

Menurut laporan Reuters, Iran melancarkan beratus ratus unit peluru berpandu ke arah pangkalan ketenteraan Israel.

Presiden Israel, Benjamin Netanyahu segera menghubungi Amerika Syarikat, mengadu perkara itu. Presiden AS, Joe Biden meminta Israel agar tidak memberikan respon kepada serangan itu.

Biden sudah memberitahu bahawa AS tidak akan menyokong sebarang tindakan balas daripada Israel ke atas Iran.

Jurucakap IDF, Daniel Hagari kecewa kerana Iran bertindak melancarkan serangan ke atas mereka dengan pelbagai jenis misil termasuk serangan dron.

Hagari mengesahkan bahawa banyak peluru berpandu yang berjaya dipintas oleh iron dome sehingga 99%, kata Hagari.

Iran sebelum ini menyatakan kemarahan mereka ke atas Israel di atas serangan ke atas konsulat mereka di Damsyik pada 1 April yang mengakibatkan 7 pegawai mereka maut termasuk 2 komando elit.

Iran menyatakan serangan ini sebagai balasan ke atas keganasan Israel. Namun Israel setakat ini masih belum mengaku atau menafikan bertanggungjawab di atas serangan itu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sudah mengeluarkan kenyataan mengecam serangan Iran kerana dianggap boleh mencetuskan lebih ketegangan.

Namun Iran sudah menghantar amaran, jika Israel berani menjejakkan kaki ke tanah Iran, maka mereka akan membalas dua kali ganda.