Jarang sekali untuk kita lihat berita yang buruk mengenai syarikat automotif yang semakin berkembang ini. Namun disebalik perkembangan syarikat ini, Tesla nampaknya tidak terlepas dengan berita melibatkan ratusan pekerja syarikat automotif ini.

Dikatakan punca utama hampir 700 pekerja ini dipecat adalah disebabkan kegagalan untuk melepasi performance review ataupun KPI seperti yang diharapkan. Kegagalan untuk menyiapkan Tesla Model 3 buat para pembeli yang membuat pra-tempahan antara yang menjadi punca. Ternyata bekerja di syarikat yang hebat juga tidak menjanjikan keselasaan buat para pekerja.

21094497789_ce3918d504_o

Berikutan pemecatan ratusan pekerja ini, ramai yang menganggap budaya kerja di Tesla pastinya berbeza berbandin syarikat automotif lain berikutan CEO syarikat tersebut, Elon Musk yang merupakan seorang workaholic.

Untuk pengetahuan anda, Elon Musk merupakan seorang individu yang konsisten untuk bekerja 100 jam seminggu dimana ianya 3 kali ganda daripada purata jumlah jam pekerja di Amerika Syarikat. Tidak hairanlah beliau sentiasa mempunyai masa untuk membangunkan Space X, Tesla dan Solar City.

Sumber