Seperti dijangka, ramai yang tidak sabar untuk menjadi antara yang pertama ke cawangan terbaru Uniqlo Roadside Store yang dibuka kepada umum bermula hari ini.
Walaupun lokasi ini mempunyai tempat parkir kereta yang luas, orang ramai terpaksa meletakkan kereta di tepi jalan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar DA Square.
https://twitter.com/Kessmaess/status/1339769346709618689
Uniqlo baru kat Damansara Avenue baru buka hari ni. Bincangkan pic.twitter.com/DYJZVhLcTY
— Afwan 🇲🇾 (@Apwannn) December 18, 2020
Sebagai langkah keselamatan, Uniqlo menghadkan 140 pelanggan sahaja berada di dalam butik pada sesuatu masa. Peminat dikhabarkan berasak ke sana kerana 500 pelanggan pertama (setiap hari dari 18-20 Disember) yang hadir ke butik ini akan menerima goodie bag khas. Untuk anda yang membuat pembelian RM200 dalam satu resit pula akan mendapat beg cantik Uniqlo U secara percuma.
Sekiranya anda berhajat untuk ke sini, jangkakan barisan panjang sebelum anda dapat membeli belah.
Untuk melihat apa yang menarik di Uniqlo Roadside Store, klik pada pautan di bawah.
Uniqlo ‘Roadside Store’ Pertama Di Malaysia Akan Dibuka Secara Rasmi Esok
Uniqlo Mula Jual Beg ‘Eco-Friendly’ Minimalis Berharga RM7.90 Sahaja