Pernah tak korang terbayang apa yang akan terjadi apabila tiga anak muda memilih untuk membuat persiapan raya di kampung?

Lebih epik, tiga anak muda ini bakal membuat persiapan perayaan di kampung sebelum kepulangan ibu bapa mereka!

Perancangan hari raya tiga sepupu yang harapkan semuanya dekat AI

Raya

Kisahnya bermula dengan tiga sepupu iaitu Ghaz, Putri dan Tiara yang super excited nak buat sambutan raya paling meriah!

Tapi kali ni, mereka ambil pendekatan luar biasa di mana semua perancangan raya mereka berpandukan kepada bantuan AI.

Bermula dari dekorasi rumah, trend raya, menu hidangan, sampai ke baju raya, semuanya nak tanya teknologi!

Namun, apa yang berlaku seterusnya memang tak disangka!

AI mungkin pandai kira bajet dan pilih tema dekorasi yang ‘Instagram-worthy’, tapi bila tiba bab tradisi dan vibe kekeluargaan, AI tak dapat tolong sampai keadaan jadi huru-hara… Habis kelam kabut tiga sepupu tu.

Kehadiran orang kampung sebagai hero!

Raya
Screenshot

Bila dah panik tu baru nak minta tolong keluarga, datanglah orang kampung membantu persiapan Hari Raya Ghaz, Putri, dan Tiara.

Menawarkan kebijaksanaan dan pengalaman ‘orang lama’, mereka berjaya tunjukkan bahawa tiada teknologi yang boleh menggantikan ikatan kemesraan sesama insan, amalan tolong-menolong kehangatan kasih sayang dan tradisi keluarga.

Raya bukan sekadar sempurna di mata, tapi juga perlu ada sentuhan jiwa dan kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila.

Kempen ini bukan sekadar hiburan, tapi penuh dengan nilai sentimental buat mereka yang tech-savvy, suka gelak tawa, dan menghargai nostalgia drama Melayu.

Kombinasi elemen moden dan tradisional ini buatkan kita semua tersenyum, mengingatkan betapa pentingnya tradisi dan hubungan kekeluargaan dalam setiap perayaan.

Jadi, kalau nak rasa vibe raya yang moden with a twist dan penuh gelak tawa, jangan lupa tonton Raya G.P.T dari Takaful IKHLAS!

Confirm buat korang rindu suasana raya sebenar!