Atas permintaan ramai, di sini saya kongsikan surat rayuan untuk pergi haji yang saya hantar kepada Tabung Haji. Surat ini sekadar panduan sahaja ya. Banyak lagi contoh-contoh lain di Google. Surat saya ringkas saja.

Saya juga baru sahaja telefon Tabung Haji. Katanya rayuan belum dibuka lagi. Insyallah November 2017 baru dibuka bagi permohonan untuk tahun 2018.

Ada yang viral kata sudah dibuka untuk rayuan, itu TIDAK BENAR. Janganlah hantar surat sekarang. Memang tak akan dilayan. Sia-sia saja. Tunggu November nanti. Itu pun lebih baik telefon dulu Tabung Haji untuk sahkan semula ya.

Tempoh Tabung Haji akan terima surat rayuan kita biasanya bermula November sehingga bulan Rejab sahaja.

 

Contoh kepala surat

surat-rayuan-haji-1

Taiplah surat seperti ini. Bila surat dah siap, bolehlah pos kepada alamat seperti di dalam surat saya ini.

Atau hantar by hand terus ke cawangan Tabung Haji yang terdekat dengan korang. Saya hantar sendiri lebih puas hati. Kejap je hantar surat ni. Tak lama pun.

Surat ini saya TIDAK sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan atau salinan buku simpanan Tabung Haji. HANYA SURAT SEMATA-MATA.

Jika ingin rayu bersama suami, buat 2 surat.

Saya cuma hantar sekali sahaja iaitu bulan Disember. Selepas itu saya tak ada hantar surat lagi. Bulan-bulan berikutnya saya hanya follow up by call. Setiap bulan saya call sampai operator tu kata, “Puan,puan tak perlu call dah ya. Puan tunggu je kami call puan. Kalau sampai raya ni tak ada panggilan, tak adalah tu. Puan cuba lagi tahun depan.”

Alhamdulillah. 2 minggu lepas raya dapat panggilan haji.

Baca: Teringin Nak Pergi Haji Cepat? Ini 15 Cara Yang Boleh Anda Lakukan

Contoh rayuan dan alasan

surat-rayuan-haji-2

surat-rayuan-haji-3

Fikirkan alasan yang munasabah dan jangan MENIPU alasan.

Kita nak pergi buat benda baikkan? Jadi tak baik pula kita mulakan perjalanan kita dengan tabiat yang tak baik. Sebab ada orang yang mereka-reka alasan.

Saya tak ada alasan yang kukuh. Jadi saya taip saja saya nak pergi awal sementara sihat dan muda. Kawan-kawan pun boleh taip macamtu kalau rasa tak ada alasan lain dah.

Antara alasan-alasan lain (boleh masuk sekali jika berkaitan) :

1. Ikut suami / ayah / abang / adik lelaki

Dalam kes ni, suami / ayah / abang / adik lelaki telah mendapat tawaran haji. Jadi jika kita ini isteri / anak perempuan / adik-beradik perempuan, kita cakaplah yang kita nak ikut mahram kita untuk pergi haji. Kita tak de mahram lain yang lebih sesuai. Untuk pergi haji, wanita WAJIB pergi bersama mahramnya iaitu samada suami  / ayah / abang / adik lelaki.

2. Ingin menjaga ibu / ayah ada masalah kesihatan.

Jika ibu / ayah sudah pun dapat tawaran haji dan mereka ada masalah kesihatan, korang tulislah nak ikut sekali sebab nak jaga ibu ayah yang ada masalah kesihatan.

3. Sudah pergi kursus haji.

Andaikata sebelum ini korang pernah pergi kursus haji, sertakan sekali dalam tu. Jadi nampaklah yang korang usaha bersungguh-sungguh nak pergi haji. Macam saya,tak sempat pun nak pergi kursus haji. Tu yang tak letak dalam surat.

4. Ingin mengandung tahun berikutnya.

Ada juga saya baca orang buat alasan ni. Logik jugakan? Cakaplah anak-anak pun dah boleh berdikari dan korang merancang untuk mengandung pada tahun berikutnya. Jadi tahun 2018 memang nak sangat untuk pergi haji.

5. Ada plan lain pada tahun-tahun berikutnya.

Contohnya korang plan nak sambung belajar ke, jadi mohon nak pergi haji segera supaya urusan belajar korang nanti tak tergendala.

Ini antara cadangan alasan sahaja. Boleh tambah alasan lain jika mahu. Jika ini surat rayuan suami isteri, bahagian tandatangan bawah sekali suami dan isteri tandangan sekali ya.

Doa dan solat hajat

Selain hantar surat, usahakan dengan berdoa bersungguh-sungguh. Lebih cun kalau dapat tahajud dan buat solat hajat setiap malam.

Ustaz saya pernah cakap, “kalau kita tak tahajud setiap malam maksudnya KITA BELUM BETUL-BETUL NAK BENDA TU.”

Kita tak serius. Kita takat nak di mulut sahaja. Tapi dalam hati masih main-main atau ragu-ragu.

Yakinlah. Allah makbulkan doa kita. Walau pada kita rasa mustahil, benda tu pada Allah alahai kacang je. Buanglah perasaan kita yang risaukan banyak perkara yang membataskan hak kita padaNya.

DIA sayang kita. DIA pasti akan mudahkan kita.

Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat. Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu rakan-rakan dalam usaha untuk melakukan ibadah haji.

Baca lagi: 16 Tip Hantar Rayuan Dan Permohonan Cepatkan Giliran Haji Bagi Tahun 2018