Jika di Kuala Lumpur, burger Ramly special berjaya membuat IShowSpeed naik ‘hantu’ dan memuji makanan di Malaysia semuanya sedap belaka.

Namun, menerusi video terbaru yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, memperlihatkan reaksi YouTuber terkenal itu yang mencuba burger smashed yang ditawarkan oleh peniaga di Singapura.

Walaupun pembentangan visualnya sangat bagus dari segi packaging dan burger itu sendiri, reaksi IShowSpeed dilihat tidak terlalu teruja selepas gigitan pertamanya.

Walaupun mengatakan ia sedap tetapi mimik wajahnya tidak dapat menipu yang dia terpaksa memberi pujian dalam nada berseloroh sebagai penyedap hati dan berterima kasih dengan pemberian tersebut.

Apatah lagi, dia juga mengambil masa yang agak lama untuk memberi respons serta seperti menyusun kosa kata pada ketika itu.

Bahkan, IShowSpeed hanya membuat satu gigitan berbanding ketika dia memakan burger Ramly special di Kuala Lumpur.

@senyedit1

#speedinsingapore #ishowspeedsingapore #ishowspeed #fyp

♬ x-pulso – EVILDXER

Susulan itu, perkongsian video itu telah dihujani komentar dari netizen tempatan yang mendakwa IShowSpeed kelihatan terpaksa memberikan pujian terhadap burger smashed yang ditawarkan oleh penjual Singapura itu.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Dek kerana reaksi yang perlahan dan kurang bertenaga tidak sepertimana  yang terjadi di Kuala Lumpur, netizen menyimpulkan burger Ramly adalah pemenang muktamad bagi burger jalanan tersedap setakat ini.