Real Madrid dan Barcelona menjadi penyumbang utama kepada pendapatan kelab kelab La Liga hampir 50% daripada jumlah keseluruhan.

Ini bukanlah perkara baharu di La Liga. Oleh sebab itu kesemua pasukan bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada aksi el clasico yang menjadi produk utama liga tersebut.

Namun sebenarnya, ini bukanlah perkembangan yang digemari oleh La Liga atau Real Madrid dan Barcelona itu sendiri.

Kerana pendapatan kelab kelab bawahan di EPL pun dianggap sangat tinggi. Real Madrid dan Barcelona perlu memikirkan langkah terbaik setiap musim untuk kekal bersaing dengan kelab kelab kaya atau big six ataupun big seven (termasuk Newcastle) di EPL.

La Liga mencatatkan pendapatan yang baik pada 2023/24 yang lalu. Menurut laporan Deloitte, yang mengeluarkan laporan Annual Review of Football Finance.

Laporan itu menyebut bahawa pendapatan La Liga meningkat sebanyak 6% berbanding tahun sebelumnya. Dengan hasil keseluruhan €3.76 billion, peningkatan €229 juta.

Sebagai perbandingan, English Premier League meraih €7.35 billion, untuk tahun yang sama, hampir dua kali ganda daripada hasil La Liga.

Real Madrid dan Barcelona menguasai sumbangan pendapatan kepada La Liga dengan Real Madrid meraih pendapatan €1 billion tahun lalu. Real Madrid dan Barcelona mewakili 48% pendapatan La Liga.

Los Blancos meraih pendapatan 19 kali ganda lebih besar daripada kelab La Liga yang paling sedikit pendapatan. Berbanding hanya 15 kali ganda pada musim sebelumnya.

Perkara ini membuatkan La Liga menyeru kelab kelab lain untuk terus mencari inisiatif untuk meningkatkan pendapatan mereka.