Tahun Baru Cina menjelang tiba dan kemeriahan perayaan tersebut sudah mula dirasai walaupun kita akan merayakan dengan norma baharu. Pavilion Kuala Lumpur yang merupakan tempat tumpuan pelancong dan masyarakat tempatan untuk membeli-belah kini menjadi buah mulut netizen.
Mana tidaknya, sebuah video tular memaparkan seekor lembu yang kelihatan realistik perlahan-lahan hidup dan nampak seperti ia ‘keluar’ dari skrin besar berdefinisi tinggi.
Dapat dilihat, lembu tersebut diwarnakan dengan warna emas sebelum ia bergerak melompat ke arah tanda bertulis ‘Together Fight Against COVID-19’ lalu keluar daripada skrin.
Rata-rata netizen berasa kagum melihat video tersebut yang ‘awesome’ dan tidak menyangka karya seperti ini ada di Malaysia. Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji pelukis, 3D modellers dan semua yang terlibat dalam pembikinan karya tersebut.
Wasn't expecting this to be in Malaysia. Wowwww!! Well done @ArifRafhanDraw and team! Would totally head down just to see it live if I were in KLš¤©š¤©š¤©āØ https://t.co/k4Jj8B86lS
— Yunroo | Illustrator (@yunroo_) February 10, 2021
nak pergi tengok lembu ni dengan @kennyrubykane pastu acah acah macam dekat sm coex https://t.co/F8h0saLYuL
— jiyaa (@belightbbh) February 10, 2021
This this is super cool. šš https://t.co/ELe0gDm9vd
— MahfuzahT (@crunchywedges) February 10, 2021
Difahamkan, Pavilion Kuala Lumpur merupakan pusat beli-belah pertama di Malaysia yang hadir dengan pertunjukkan 3D animasi ini. Bukan sahaja anda boleh melihat persembahan animasi lembu emas tetapi anda juga boleh melihat patung lembu emas dalam pusat beli-belah sehingga Mac 2021.
Buat anda yang mahu melihat secara lebih dekat, bolehlah berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur dan pastikan sentiasa mengamalkan SOP untuk menangani wabak pandemik COVID-19.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik pada pautan di bawah.
Ini Sebabnya Terdapat Kapal Angkasa ‘Terhempas’ Di Gangnam, Korea
Batalkan Filem Terakhir, Disney Tutup Operasi Studio Animasi Terbesar 20th Century Fox April Ini