Tular sebuah gambar di mana sekumpulan anak muda duduk di tepi jalan sambil menghisap gam dan mengemis wang sambil tidak jauh daripada mereka ada bayi yang sedang terbaring di kaki lima jalan yang kotor.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Tawau, Sabah ini dikongsikan oleh laman X MYNEWSHUB dengan kapsyen pada gambar seolah mengkritik mereka yang memberi sedekah kepada pengemis di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kamu nampak apa yg admin nampak? Selagi ada yang bagi muka sama mereka ni (bagi sedekah), selagi itu lah golongan ni berleluasa di Tawau.

“Kasihan baby, dilahirkan lepas tu didik jadi pengemis. Dan yang ngerinya duit yg dibagi di buat beli gam. Tahukah kita semua? Orang yg minta sedekah dan jadikannya sebagai kerja, dalam Islam hukumnya haram.

“Jika begitu, kita yg kononnya bagi sedekah ni, dapat pahala ka dosa? Hentikan memberi wang dengan dorg ni. Kita sepatutnya lebih bijak dan pandai,” kata akaun tersebut sambil meninggalkan kredit gambar kepada cikgu Roslan Bin Ramli dan APAKES TAWAU.

Ciapan itu mendapat pelbagai maklum balas dari netizen. Kebanyakan mereka faham bahawa isu mengemis, anak tidak tahu kewarganegaraan dan aktiviti menghisap gam sangat terkenal di Tawau.

Bagaimanapun ada juga yang mengingatkan bahawa tidak semua orang beruntung dan dapat keluar daripada masalah tersebut.

Sumber