Semalam diumumkan laporan ekonomi suku kedua (bulan 4-6) Malaysia, di mana ekonomi berkembang sebanyak 5.8% berbanding suku kedua tahun lepas. Boleh baca laporan Bloomberg di sini.

Kalau tanya kepada mana-mana ahli ekonomi tahun lepas, mungkin tidak ada yang akan menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang sepesat itu untuk suku kedua tahun ni. Memang hakikatnya kebangkitan semula aktiviti perdagangan dunia sejak bulan 11 tahun lepas menjadikan ekonomi Malaysia yang bergantung kepada perdagangan dunia meningkat pesat.

ekonomi-malaysia-1

Secara ringkas, data ekonomi menunjukkan:

1. Yang paling banyak mendorong ekonomi berkembang pesat adalah perbelanjaan rakyat umum. Dan yang paling jelas untuk apa tau? Untuk makanan, di rumah dan di restoran.

2. Ianya didorong disebabkan pekerjaan yang semakin meningkat. Mengambil kira populasi muda yang baru masuk alam berkerja, BNM asalnya menjangkakan kadar pengangguran akan mencecah 3.8% tahun ni. Tapi sekarang ianya serendah 3.4%. Bilangan orang yang berkerja meningkat dengan sangat banyak sejak awal tahun ini. Iaitu peningkatan paling laju dalam masa 5 tahun.

3. Tapi segala perbelanjaan kerajaan masih perlahan. Tidak kiralah dari segi gaji, atau projek / kontrak yang diberikan. Jadi fahamlah kalau mereka yang mencari kerja dengan kerajaan, atau mendapat business dari projek kerajaan, merasakan ekonomi masih perlahan.

4. Yang paling meletup eksport. Gila naik 20%+ sejak awal tahun ni. Dari tahun lepas aku dah cakap Ringgit lemah akan memanfaatkan para pengeksport. Eksport Malaysia naik dengan sangat laju tahun ni, sampai ramai exporter perlu labur dan gandakan peralatan dan kilang mereka.

5. Disebabkan itu jugalah pelaburan oleh sektor swasta berkembang pesat separuh pertama tahun ni. Sebab para pengusaha tengah dapat order yang banyak dan rasa perlu besarkan perniagaan mereka.

ekonomi-malaysia-2

6. Dari segi sektor, yang paling seronok masih lagi perkhidmatan. Terutamanya kedai-kedai runcit, pasaraya dan sewaktu dengannya. Perkembangan ekonomi mereka paling power sejak tahun 2012.

7. Yang kedua seronok, sektor pengilangan (manufacturing). Atau senang cerita kilang la. Tak kiralah diorang eksport ke atau jual domestik ke, semua seronok. Tapi bergantung sub-sektor gak. Yang buat kereta contohnya masih tak seronok.

Pertanian? Yang paling kuat sekarang ni getah la. Sebab permintaan untuk sarung tangan getah Malaysia tengah meletup-letup. Kelapa sawit okay gak, tapi lebih sebab tahun lepas ada el nino. Jadi dari segi ‘growth’ tu memang kuat lah tahun ni.

9. Yang masih sakit perlombongan i.e. oil and gas. Oil sebab kita join OPEC dll untuk cap production. Gas sebab ada gas field tutup untuk maintenance. Jadi memang slow sikit.

Macam mana nak kaitkan dengan diri kita sebaga rakyat? Kenapa ada yang ‘tak rasa’ economic growth tu?

Cuba tengok gaji dan side income DIRI KITA. Naik tak dari tahun lepas? Kalau naik tu maksudnya realitinya kita menikmati ‘economic growth’.

Yang buat business pulak cuba tengok balik business sendiri, lagi banyak buat untung tak berbanding tahun lepas? Kalau jatuh, cuba bagi tau sektor apa dan selama ni dapat business dari siapa. Kalau dapat dari kerajaan, memang sakit lah.

Harga barang? Harga barang memang akan sentiasa naik kalau ekonomi lebih pesat. Sebab maksudnya semakin banyak permintaan.

Bila nak nilai ekonomi. Kita nilai pada diri kita sendiri. Atau paling jauh pun kepada ahli keluarga kita.

Tang dibuang kerja tahun lepas seorang. Sedangkan 20 orang yang lain menikmati kenaikan gaji 5%. Kemudian semua memberikan contoh yang seorang tu untuk mengatakan ‘ekonomi tengah merudum’.

Silap-silap yang dibuang kerja tu pun dah dapat kerja baru dengan gaji lagi tinggi.