Agak-agak anda bagaimanakah realiti kehidupan di tengah-tengah ibu negara kita yang gah dengan bangunan pencakar langit. Menerusi gambar-gambar yang telah diambil oleh Chot Touch ini, kita boleh melihat sebahagian kehidupan penduduk di Kuala Lumpur.
Menurut Chot Touch yang sememangnya terkenal di dalam arena fotografi jalanan di Malaysia, dia selalu mengambil gambar di sekitar Kuala Lumpur kerana ia dekat dengan tempat tinggalnya. Tetapi faktor yang lebih penting baginya ialah terlalu banyak subjek dan kisah yang boleh diterokai.
Fotografi jalanan adalah salah satu aliran yang ada di dalam arena fotografi. Jurugambar akan merakam gambar secara sepontan dan tanpa pengaturan subjek gambar. Ia memaparkan kisah sebenar, bukan dibuat-buat.
Jadi, 25 gambar yang telah dikongsikan oleh Chot Touch ini merupakan cerminan kehidupan masyarakat di Kuala Lumpur yang mungkin kita tidak pernah lihat sebelum ini.
























Semua gambar di atas ialah milik Chot Touch. Insha Allah saya akan menemubual mentor saya ini tentang fotografi jalanan dengan lebih dalam.