Realme nampaknya bukan sahaja menawarkan peranti telefon pintar atau tablet sahaja, malah kini turut mengembangkan lagi penawaran televisyen pintar baharu di Malaysia.

Seperti biasa, Realme masih mengekalkan tanda harga mampu milik dalam masa yang sama tampil premium dari segi rekaan mahupun spesifikasi menerusi produknya. Ini yang anda perlu tahu mengenai televisyen pintar Realme baharu yang dilancarkan.

Baca Juga:

Realme Smart TV 4K

Sumber Gambar: realme

Realme Smart TV 4K merupakan sebuah televisyen pintar 4K sebesar 50-inci baharu. Paparan LED yang digunakan bukan sahaja mampu menyokong dua format HDR iaitu Dolby Vision dan HDR10.

Bahkan, TV ini turut disertakan dengan ciri Chroma Boost untuk pengalaman paparan yang lebih tepat. Rekaan bezel nipis yang ditampilkan pula membolehkan televisyen menawarkan nisbah skrin ke-badan mencecah 97.2%.

Sumber Gambar: realme

Televisyen ini juga dijana cip pemproses 4-core MediaTek 64-bit (ARM Cortex A53 CPU) yang dipadankan dengan GPU Mali G52, memori 2GB RAM dan 16GB storan dalaman terbina.

TV pintar ini turut menjalankan sistem operasi Android TV (Android 10) dan sokongan untuk Google Assistant menerusi alat kawalan jauh.

Sumber Gambar: realme

Selain menfokuskan pada paparan visual, realme juga menyertakan sistem pembesar suara empat unit dengan output 24W dan Dolby Audio untuk memberikan pengalaman audio sinematik yang imersif.

Sementara itu, pilihan I/O pula terdiri dengan 2x HDMI, 1X HDMI (ARC), LAN, input AV dan 2x USB. Menariknya, Realme Smart TV ini turut mempunyai penarafan penjagaan mata yang diperakui oleh TÜV Rheinland.

Sumber Gambar: realme

Di Malaysia, Realme Smart TV ini hadir dengan harga jualan rasmi sekitar RM1,599. Lebih menarik lagi, anda boleh membeli pada harga promosi serendah RM1,000 sahaja. Namun promosi hanya terhad untuk pembelian diantara tarikh 6 hingga 8 Jun di Shopee.

Sumber