Ahli kumpulan One Nation Emcees, Nur Hasan Balas atau lebih dikenali sebagai Jojo meninggal dunia pagi tadi di Masjid Sri Petaling.

Perkhabaran berita itu dikongsikan menerusi Facebook Maulana Helmi. Jojo meninggal dunia ketika menyertai ijtimak Qudamak Seri Petaling, sewaktu doa penutup dibacakan.

Sementara itu, rakannya, Mimy Fly menyatakan arwah pernah mengalami strok beberapa bulan lalu, petik laporan mStar.

“Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

“Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci,” katanya kepada mStar.