Kain rentang yang dinaikkan oleh kumpulan penyokong Terengganu FC, Ultras Tranung (UT) ketika aksi Liga Super 2024/2025 menentang Kuching City baru-baru ini berjaya meraih perhatian dunia.
Dalam perlawanan tersebut, UT menaikkan kain rentang yang bertulis ‘Show red card to Israel’ sebagai satu gesaan kepada badan bola sepak dunia iaitu FIFA untuk menghukumg Israel di atas kekejaman negara itu terhadap rakyat Gaza.
Baca Juga:
- Ultras PSG Melawan Arus, Laung Sokongan Terhadap Palestine
- Pemain Morocco Ini Digugurkan Kerana Sokong Palestine
- Palestine Beri Sebab Mengapa Pilih Malaysia Sebagai Venue Kelayakan
The Red Card campaign arrives in Malaysia with the Ultras Tranung of Terengganu FC pic.twitter.com/Px39B0uXQU
— North Curve Celtic (@NCCeltic) February 22, 2025
Kain Rentang Ultras Tranung Raih Pujian
Komuniti bola sepak dunia memberi pujian kepada kumpulan penyokong itu yang turut mengambil bahagian dalam melancarkan kempen yang mahukan Israel digantung dari semua aktiviti bola sepak selain menghentikan kekejaman mereka terhadap penduduk Gaza.

“Penyokong kelab Malaysia, Terengganu iaitu Ultras Tranung menunjukkan kain rentang yang menentang kehadiran Israel dalam semua kejohanan bola sepak.
“Lebih dari 380 pemain bola sepak, jurulatih dan pegawai telah terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023, 96 dari senarai ini adalah kanak-kanak,” tulis salah seorang wartawan Sepanyol keturunan Maghribi iaitu Leyla Hamed.
Selain UT, beberapa ultras di serata dunia turut melancarkan kempen sama selepas lebih setahun konflik yang berlaku di Gaza tidak berkesudahan selain telah menelan ratusan ribu korban jiwa.

Antara kumpulan ultras yang menyokong kempen ini ialah kumpulan penyokong salah satu kelab ternama Turkiye, Galatasaray iaitu UltrAslan dan juga kumpulan penyokong kelab gergasi Scotland, Celtic iaitu The Green Brigade.
Selain kain rentang dan kad merah, kumpulan penyokong juga mengibarkan bendera Palestine sebagai tanda solidariti mereka terhadap rakyat Gaza.
UEFA berkemungkinan besar akan mengenakan hukuman terhadap kumpulan penyokong mana-mana kelab yang membawa sentimen politik dalam perlawanan bola sepak di bawah juridiksi badan itu.