Reebok menjadi jenama sukan terbaru memboikot menjauhkan diri mereka daripada negara haram. Ini selepas Is**el melakukan jenayah kemanusiaan yang dianggap genosid.

Menurut Al Jazeera, Reebok sudah mengarahkan FA Isr**l untuk menanggalkan logo jenama itu daripada jersi pasukan mereka.

Difahamkan Reebok bukan penaja rasmi, namun negara haram tersebut terpaksa menggunakan jersi tersebut dibeli daripada pihak peruncit.

Negara haram tersebut sebelum ini kehilangan tajaan oleh PUMAย  yang menarik diri daripada menaja jersi pasukan kebangsaan mereka.

Ini menjadikan Reebok sebagai jenama keempat selepas PUMA, Adidas dan Errea sebelum ini mengumumkan mereka tidak akan menaja pasukan negara haram tersebut atas alasan yang sama.

Reebok menilai apa yang dilakukan negara haram tersebut di Gaza sebagai tidak boleh diterima. Di mana puluhan ribu nyawa terkorban termasuk kanak-kanak dan bayi.

Daripada aspek bola sepak pula, negara haram menyerang stadium dan fasiliti sukan di Palestin serta mengorbankan nyawa pemain serta atlet.

Selain daripada berdepan dengan boikot oleh jenama terkemuka pasukan negara haram tersebut juga berdepan dengan penggantungan di peringkat kelab dan antarabangsa.

Ini selepas laporan terbaru menyebut bahawa UEFA akhirnya setuju untuk membincangkan tentang pengharaman mereka seperti mana dilakukan ke atas Rusia.

UEFA yang dianggap memekakkan telinga tentang negara haram tersebut, telah mendapat tekanan kuat daripada pelbagai pihak termasuk persatuan bola sepak dari seluruh dunia.

Pada aksi UCL musim ini, UEFA tidak lagi mengenakan tindakan kepada pasukan yang penyokong mereka mengibarkan bendera atau tifo solidariti kepada Gaza.

Ianya dipercayai kerana tekanan global, terutama sekali dari kalangan pemain dan peminat bola sepak.

Tindakan Reebok itu mendapat sambutan positif daripada netizen.